• Semasa

    TERGEMPAR!!! Tandas Malaysia Kotor [SAKSIKAN...]





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    TERGEMPAR!!! Tandas Malaysia Kotor [SAKSIKAN...]

    PUTRAJAYA – Dengan Tahun Melawat Malaysia 2014 tinggal 41 hari lagi, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan warga Malaysia sepatutnya bimbang dengan tahap kebersihan tandas di negara ini.

    Tinjauan audit yang dijalankan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan selama enam bulan ke atas 10,257 buah tandas mendapati lebih 61 peratus daripadanya berada dalam keadaan tidak memuaskan.

    Menterinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, daripada 10,257 buah tandas di bawah seliaan PBT yang diaudit hanya 39 peratus berada dalam keadaan memuaskan.

    Malah akuinya, apa yang lebih mengecewakan hanya 350 buah tandas yang diaudit layak diberi penarafan lima bintang.

    “Bayangkan hanya 350 buah tandas atau 3.41 peratus mendapat status lima bintang. Adakah kita perlu berbangga dengan statistik ini? Saya fikir kita boleh melakukan dengan lebih baik.

    “Ramai orang enggan menyentuh isu tandas dan sanitasi, namun pada hakikatnya seseorang menghabiskan kira-kira tiga tahun dalam jangka hayatnya untuk menggunakan tandas,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari Tandas Sedunia Peringkat Kebangsaan 2013 di sini semalam. - Kosmo.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]