• Semasa

    Dua Wanita Myanmar Maut Dengan Kesan Tikaman [SAKSIKAN...]





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    BUTTERWORTH - Dua wanita warga Myanmar ditemui mati dipercayai dibunuh dalam sebuah kawasan semak berhampiran jalan raya di Kampung Setol, di sini hari ini.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, kedua-dua mayat itu mempunyai beberapa kesan tikaman di badan, muka dan leher.

    Katanya, polis mendapat maklumat mengenai kejadian itu pada 12.15 tengah hari apabila seorang lelaki membuat laporan terdengar wanita menjerit berhampiran lokasi penemuan mayat itu.

    "Lelaki itu yang berada tidak jauh dari tempat kejadian bergegas ke tempat kejadian setelah mendengar orang menjerit. Dia kemudian menjumpai dua mayat wanita dan terus menghubungi polis,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

    Katanya, mayat Htay Htay Than, 21, ditemui dengan kesan kelar di bahagian leher manakala seorang lagi yang hanya dikenali sebagai Than, 41, terdapat beberapa kesan tikaman di badan dan muka.

    Mazlan berkata, kedua-dua mangsa dipercayai sedang berjalan di tepi jalan berhampiran kawasan semak berkenaan ketika kejadian terbabit berlaku.

    "Berdasarkan siasatan awal, dua wanita itu tinggal di kampung berkenaan sejak dua tahun lepas dan bekerja di kilang berhampiran. Motif kejadian masih disiasat dan kita menolak kemungkinan mereka disamun kerana barang kemas milik mangsa masih berada di mayat,” katanya.

    Beliau berkata, mayat kedua-dua wanita itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

    Katanya, susulan kejadian itu, polis menahan dua lelaki warga Myanmar berusia 30-an untuk membantu siasatan. - Bernama

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]