• Semasa

    [GAMBAR] Buaya Baham Penduduk Berjaya Ditangkap [SAKSIKAN...]





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    [GAMBAR] Buaya Baham Penduduk Berjaya Ditangkap [SAKSIKAN...]

    SARATOK: Seekor buaya yang dipercayai membaham Andrian Thomas, 32, penduduk Rumah Panjang Mawan Empayak, di Roban, pada 22 November lalu, akhirnya berjaya ditangkap, pagi tadi.

    Buaya sepanjang kira-kira lima meter serta lebar satu meter tumpas di tangan pawang terkenal Indet Sanabong, 46, di Sungai Tingam, berdekatan lokasi kejadian di Lubuk Emplaie, jam 9 pagi tadi.

    Buaya terbabit ditangkap ketika cuba memakan umpan anjing yang disangkut pada kail.

    Bagaimanapun, kira-kira tujuh jam kemudian, seekor lagi buaya ditangkap Indet tidak jauh dari lokasi buaya pertama ditangkap.


    PENDUDUK Rumah Panjang Mawan Empayak, di Roban, Saratok, Thomas Mang, 56, memeriksa mulut buaya yang dipercayai membaham anaknya, Andrian Thomas, 32, selepas reptilia itu ditangkap pawang terkenal, Indet Sanabong, 49, kira-kira 9 pagi tadi.

    Buaya tujuh meter panjang serta lebar lebih dua meter itu dipercayai 'ketua' reptilia itu ditangkap ketika cuba memakan umpan.

    "Pada jam 4 petang tadi, kami sekali lagi ke tempat di mana kail dipasang dan terkejut apabila mendapati, seekor buaya cukup besar tersangkut. Kami terpaksa memanggil beberapa penduduk untuk menarik buaya ini," katanya. - myMetro.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]