• Semasa

    GEMPAR!!! 5 Penyamun Terperangkap [SAKSIKAN...]





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Kuala Lumpur: Sekumpulan lima perompak diketuai seorang wanita ‘terperangkap’ hampir tiga minit apabila cubaan mereka merompak sebuah kedai pinjaman wang berlesen di Batu 4, Jalan Ipoh, di sini, dikesan pekerja premis itu, semalam.

    Kumpulan perompak berusia 27 tahun hingga 40 tahun itu terperangkap di kawasan tangga premis, selepas pekerja kedai pinjaman wang itu mengunci pagar dan pintu pejabat di tingkat dua bangunan kedai berkenaan.

    Berang dengan keadaan itu, seorang daripada lima suspek melepaskan enam das tembakan sebelum berjaya meloloskan diri dalam kejadian jam 2.45 petang itu.

    Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, bimbang keselamatan mereka terancam selepas tembakan dilepaskan, empat pekerja premis itu membuka pagar menyebabkan penjenayah berjaya melarikan diri.


    ANGGOTA unit forensik polis membuat siasatan selepas cubaan rompakan bersenjata terhadap kedai pinjaman wang berlesen di Batu 4, Jalan Ipoh, semalam.

    Khairi berkata, sebelum itu lima penjenayah terbabit datang ke premis berkenaan dam berpura-pura untuk meminjam wang. - myMetro.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]