• Semasa

    GEMPAR!!! Empat Orang Termasuk Datuk Bandar Ditembak Mati





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    MANILA - FILIPINA. Empat orang termasuk Datuk Bandar Labangan di wilayah Zamboanga del Sur, Ukol Talumpa ditembak mati dua lelaki bersenjata dalam satu kejadian menggemparkan di lapangan terbang antarabangsa, di sini, semalam.

    Pengurus besar lapangan terbang, Angel Honrado memberitahu mangsa yang terbunuh dalam serangan itu adalah isteri dan dua ahli keluarga beliau termasuk bayi berumur 18 bulan.

    Menurutnya, beberapa lagi ahli keluarga Talumpa turut cedera dalam kejadian itu.

    "Sebuah motosikal dinaiki dua lelaki meluru  ke arah beliau dan keluarganya secara tiba-tiba ketika mereka sedang menuju ke pekarangan Terminal 3 lapangan terbang tersebut.

    "Bunyi beberapa das tembakan menyebabkan orang ramai panik dan keadaan menjadi huru-hara. Pengawal keselamatan kami cuba untuk mengejar dua lelaki tersebut, namun mereka berjaya melarikan diri," jelasnya lagi.

    Sementara itu, pihak berkuasa memaklumkan motif serangan dan identiti kedua-dua suspek masih belum diketahui.

    "Kami akan memburu suspek supaya tindakan tegas dapat diambil. Dalang yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan," kata jurucakap polis.  

    Mei lalu, dipetik dari AFP, Talumpa dari parti pembangkang dipilih sebagai datuk bandar selepas memenangi pilihan raya yang menewaskan calon sekutu Presiden Beningo Aquino. - SH.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]