• Semasa

    HMMMM... Proton Perdana Baru Hanya Ciplak Honda Accord Lama? [SAKSIKAN...]





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    HMMMM... Proton Perdana Baru Hanya Ciplak Honda Accord Lama? [SAKSIKAN...]

    Proton masih mengeluarkan kereta baharu hasil daripada projek ‘rebadge’, tetapi kali ini bukan lagi dengan Mitsubishi. 

    Buat pertama kalinya Proton telah bekerjasama dengan Honda untuk mengeluarkan model pengganti Perdana, dengan menggunakan model Honda Accord generasi ke-8 sebagai asas pengeluarannya.


    ‘Rebadge’ merupakan perkataan dari Bahasa Inggeris, yang bermaksud melancarkan sesuatu produk di bawah jenama atau logo baharu.

    Dalam dunia automotif, Proton cukup dikenali dalam menghasilkan produk-produk ‘rebadge’ berasaskan kenderaan keluaran Mitsubishi.

    Kali terakhir Proton mengeluarkan model kereta baharu yang dijenamakan semula ialah melalui pengenalan model Proton Inspira yang dilancarkan secara rasmi pada 10 November 2010, sebuah model sedan dalam segmen C yang diasaskan daripada model Mitsubishi Lancer.

    Terkini, Proton masih mengeluarkan kereta baharu hasil daripada projek ‘rebadge’, tetapi kali ini bukan lagi dengan Mitsubishi. Buat pertama kalinya Proton telah bekerjasama dengan Honda untuk mengeluarkan model pengganti Perdana, dengan menggunakan model Honda Accord generasi ke-8 sebagai asas pengeluarannya.

    Sebelum ini kita sudah melihat ‘spyshot’ model pengganti Proton Perdana iaitu sebuah Honda Accord berwarna hitam dengan logo Proton yang ditutup sedang menjalani ujian di jalan raya, dan kini giliran gambar rasmi Perdana-Accord baharu pula bocor di internet.

    Gambar di atas dengan jelas menunjukkan itulah Proton Perdana baharu yang sebenarnya adalah model Honda Accord generasi ke-8 yang menggunakan logo Proton.

    Proton masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi bilakah model Perdana baharu versi ‘rebadge’ Honda Accord ini akan dilancarkan, namun jangkaan sebelum ini menyebut pelancarannya akan diadakan dalam bulan Disember 2013 akan datang.

    Jadi mana-mana rakyat yang sudah beli kereta Honda Accord generasi ke-8 bolehlah di anggap sebagai rakyat yang cukup patriotik!! ~ omakkau

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]