• Semasa

    NGERI!!! Pekerja Kontrak Maut Tersepit Kontena [SAKSIKAN...]





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    NGERI!!! Pekerja Kontrak Maut Tersepit Kontena | BUTTERWORTH - Hasrat seorang pekerja kontrak untuk membawa keluarganya bercuti ke Langkawi tidak kesampaian apabila maut selepat tersepit antara kontena di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) semalam.

    Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, Shahidi Asyraf Zainal Abidin, 27, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala selepas terhimpit di antara dua kontena yang sedang dialihkan.

    Abang ipar mangsa, Mohd Faizul Mansor, 29, berkata, kali terakhir mereka berjumpa ialah ketika makan malam bersama kelmarin.

    “Kami tinggal bersama di rumah ayah di Tasek Gelugor dan arwah memang seorang yang baik hati dan pendiam.

    “Arwah amat rajin bekerja sejak kebelakangan ini dan setiap kali menerima panggilan berkaitan kerja, dia akan pergi.

    “Bagaimanapun, arwah pernah menyatakan hasratnya untuk mencari kerja lain yang lebih stabil demi kesenangan isteri dan anaknya,” katanya.

    Difahamkan, mangsa pernah memberitahu bapa mentuanya sebelum ini bahawa dia ingin membawa keluarganya bercuti ke Langkawi beberapa hari sebelum kejadian.

    Mangsa meninggalkan isteri, Mazni Mansor, 28, yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Kulim dan seorang anak Syazrina Awatif yang berusia setahun.

    Mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat sebelum dikebumikan di Bidong, Kedah.

    Ketua Polis Daerah Seberang Perai utara (SPU), Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan terbabit dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut tanpa sebarang unsur jenayah. - SH.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]