• Semasa

    Perkahwinan Safee Sali: Safee Pilih Gadis Seberang [SAKSIKAN...]





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Kuala Lumpur: Penyerang skuad bola sepak kebangsaan Mohd Safee Sali bakal menamatkan zaman duda dengan memilih gadis dari Indonesia dikenali sebagai Shasha sebagai pasangan hidupnya.

    Berita mengenai perkahwinan Safee yang bergelar jutawan bola sepak apabila menandatangani kontrak lumayan dengan kelab dari Indonesia Pelita Jaya FC mula tersebar di laman web sebelum ini. 

    Bapanya, Sali Mian, 66, ketika dihubungi semalam mengesahkan mengenai perkara itu dan memberitahu Safee bakal mengadakan majlis pernikahannya di Indonesia. 

    “InsyaAllah selepas itu majlis perkahwinan akan di adakan di sinilah (Bidor) pada 28 Disember ini,” katanya, namun enggan mengulas lebih lanjut.

    KAD kahwin Mohd Safee

    Safee sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Sabrina Yusoff pada 2007 namun bercerai pada 2012. Hasil perkongsian hidup dengan Sabrina dia dikurnia dua cahaya mata. - myMetro.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]