• Semasa

    [SAKSIKAN] Polis Tembak Penjenayah Warga Asing Punyai Rekod 27 Kes Samun!





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Polis menembak mati seorang lelaki warga asing dari Indonesia, dipercayai ketua kumpulan "Geng Rantau Mahkota" di Taman Mas Sepang, Puchong, kira-kira jam 9 malam tadi. 

    Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaffar, berkata suspek, Matruji @ Mat Ting War, 43, dari Sampang, Indonesia, terbunuh dalam kejadian tembak menembak selepas cuba melarikan diri daripada sepasukan polis yang sedang melakukan rondaan Ops Cantas di Jalan Dagangan Mas 1, Taman Mas Sepang. 

    Rahim berkata, ketika melakukan rondaan sebelum itu, pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menjumpai sebuah kereta jenama Nissan Grand Livina berwarna putih dalam keadaan mencurigakan. 

    "Polis kemudian menghampiri kereta berkenaan dan tiba-tiba keluar seorang lelaki yang kemudian terus melarikan diri ke dalam semak berhampiran. 

    "Ketika membuat susulan, polis dihujani tembakan dari dalam semak berkenaan dan terpaksa melakukan tembakan balas untuk mempertahankan diri. 

    "Selepas beberapa minit, polis menjumpai mayat seorang lelaki, dipercayai lelaki yang melarikan diri dari semak tadi," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sini, sebentar tadi. 

    Rahim berkata, hasil pemeriksaan terhadap mayat suspek, polis menemui sepucuk pistol separa automatik bersama tiga butir peluru dan turut menjumpai satu pemotong besi serta satu kuku kambing dalam bonet kereta suspek, selain mendapati kenderaan berkenaan menggunakan nombor pendaftaran palsu.  Katanya, hasil pemeriksaan, polis mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan cap jarinya ditemui ditemui di enam lokasi kejadian pecah rumah dan samun di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. 

    "Suspek dipercayai terbabit dalam 27 kes samun dan pecah rumah di seluruh Malaysia sejak 2005 dan ia dilakukan dalam kumpulan dianggotai empat hingga enam ahli. 

    "Kita percaya, dengan kematian suspek dapat menyelesaikan banyak kes yang dilakukan kumpulan warga Indonesia dan kita juga sudah mengenal pasti anggota kumpulan yang lain," katanya. - BH

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]