• Semasa

    TRAGIK!!! 2 Warga Emas Maut Motosikalnya Bertembung Kenderaan 4X4 [SAKSIKAN...]





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    TRAGIK!!! 2 Warga Emas Maut Motosikalnya Bertembung Kenderaan 4X4 [SAKSIKAN...]

    BATU PAHAT – Sepasang warga emas yang baru pulang melawat menantunya di Parit Yusof, Semerah, di sini  maut apabila motosikal yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 138, Jalan Johor Bahru Melaka, dekat Bagan, kelmarin.

    Dalam kejadian, jam 5.15 petang itu, mangsa Mohd Nor Ibrahim, 68, dan isterinya Junah Talib, 65 maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di badan selepas bertembung dengan sebuah pacuan empat roda.

    Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asistan Komisioner Din Ahmad berkata, kemalangan berlaku selepas motosikal jenis Modenas Kriss ditunggang mangsa dipercayai gagal dikawal.

    Katanya, motosikal terbabit cuba untuk masuk ke simpang berhampiran lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum sebelum bertembung dengan sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dari arah terbabit.

    “Kedua-dua mangsa dipercayai baru pulang dari melawat menantunya di Parit Yusof dan dalam perjalanan pulang ke Peserai.

    “Akibat kemalangan itu kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk proses selanjutnya dan siasatan masih diteruskan.

    “Kes disiasat mengikut Seksyen 41 ( 1 ) Akta Pengangkutan Jalan (APJ ) 1987,” katanya. - SH.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]