• Semasa

    Al Fatihah !! Pengasas jeruk madu Pak Ali meninggal dunia





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

     Al Fatihah !! Pengasas Jeruk Madu Pak Ali Meninggal Dunia | Pengasas perusahaan jeruk dan makanan ringan terkemuka Jeruk Madu Pak Ali, Ali Omar, 72, meninggal dunia di rumahnya di Taman Desa Murni, Butterworth pada jam 2 petang tadi.
    Ali yang mengasaskan perusahaan jeruk sejak 1985 itu meninggal dunia selepas menderita sakit sehingga membataskan pergerakan beliau yang mana berpunca daripada serangan strok beberapa tahun lalu. 
    Jenazah pengusaha Bumiputera terkenal itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Nibong dekat sini, kira-kira jam 8 malam. 

    Perusahaan jeruk yang diasaskan Ali mula berkembang menjadi satu jenama besar pada 2007 di negara ini. Produknya dieksport bagi memenuhi permintaan jeruk di Arab Saudi, Afrika Selatan serta United Kingdom. Ia kini diuruskan anak lelakinya, Alias Ali, 39. - myMetro

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]