Shaharuddin Thamby ceraikan isteri dengan talak 1
Dalam ruangan gosip akhbar Utusan menyebut
pelakon Shaharuddin Thamby sudahpun bercerai talak satu dengan
isterinya lebih kurang pukul 9 pagi, Isnin lalu. Tanpa kehadiran pihak
media katanya, hanya ada beberapa ahli keluarga yang menemani pasangan
itu ketika proses cerai.
Kalau ikutkan isu rumah tangga pelakon ini bukan perkara baru.
Pergolakan yang berlaku antara Shaharuddin Thamby dan isterinya telah
mula diperkatakan sejak mereka memfailkan permohonan cerai pada 2011
yang lalu.
Mengikut fakta kes lama, isterinya yang memfailkan kes cerai tersebut
pada ketika itu. Tetapi kes tersebut ditarik balik dan mereka tak jadi
bercerai.
"Rasanya ramai yang masih ingat kejadian tahun 2011 yang membuatkan nama pasangan ini popular. Bukan apa, masing-masing terkejut apabila wartawan serbu hari mereka masuk mahkamah."Kecoh juga ketika itu apabila ke semua orang media dihalang membuat liputan kes atas permohonan isterinya, Nor’aini Muhammad yang mahu proses tersebut dijalankan secara tertutup."Tapi ketika itu mereka tak jadi bercerai dan menarik kembali kes tersebut memandangkan Shaharuddin sendiri tak rela untuk berpisah."Nampaknya mereka masih tak dapat nak menyelamatkan rumah tangga tersebut."Mereka pun bukan kali pertama berbincang untuk menyelamatkan rumah tangga yang dibina. Rasanya banyak kali juga naik turut pejabat agama satu ketika dahulu untuk menjernihkan keadaan," kata sumber ini lagi.
Pasangan ini telah bernikah pada tahun 1978 dan dikurniakan tiga anak.
Tiada ulasan