Header Ads

  • Semasa

    20 Foto Pesawat Germanwings Berkecai Terhempas Di Pergunungan Alps

    1
    20 Foto Pesawat Germanwings Berkecai Terhempas Di Pergunungan Alps | Sebuah pesawat Airbus A320 milik syarikat penerbangan Germanwings telah disahkan terhempas di pergunungan Alps, Perancis.
    Pesawat tersebut membawa 150 orang penumpang termasuk anak kapal terhempas di pergunungan berkenaan selepas terputus hubungan dengan pusat kawalan udara Perancis pada jam 10.30 pagi semalam pada ketinggian 6000 kaki (1,828 meter).
    Perdana Menteri Perancis, Manuel Valls menyatakan sebuah helikopter telah mendarat di lokasi nahas dan hanya menemui serpihan bangkai pesawat dan mendapati tiada penumpang yang terselamat.
    Pihak polis Perancis juga turut mengesahkan tiada penumpang yang terselamat dalam tragedi itu dan menjangkakan usaha menyelamatkan mangsa dan mengeluarkan bangkai pesawat akan mengambil masa yang lama berikutan keadaan cerun gunung yang agak curam.
    Juruterbang pada ketika kejadian tidak membuat panggilan kecemasan dan hubungan radio terputus sekali gus menimbulkan persoalan misteri mengapa pesawat itu tiba-tiba hilang altitud selama lapan minit sebelum terhempas.
    Pesawat itu dilaporkan berlepas dari Lapangan Terbang Barcelona pada jam 10.01 pagi tetapi mula turun selepas mencecah paras penerbangan 38000 kaki. Ia terus turun selama lapan minit sebelum terhempas.
    17161514138349105611127

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad