Header Ads

  • Semasa

    Aziz Singah Hidap Kanser Prostat

    Aziz Singah
    Paparan dari Facebook Zulkifli Ismail

    Aziz Singah Hidap Kanser Prostat | BEKAS Presiden Seniman dan pelakon veteran, Datuk Aziz Singah kini sedang dirawat di Hospital Selayang kerana menghidap kanser prostat.

    Berdasarkan foto yang tersiar di laman Instagram Yayasan Artis 1Malaysia, Aziz dilaporkan kini berada di hospital dan menerima kunjungan rakan artis, Datuk DJ Dave.

    Sementara itu, memetik status Facebook pelakon, Zulkifli Ismail, Aziz dijangka akan menjalani pembedahan pada 1 April nanti.

    "Sama-samalah kita doakan semoga Datuk akan segera sembuh dan pulih seperti biasa," katanya lagi. - SH

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad