Header Ads

  • Semasa

    KEJAM !! Mayat Bayi Ditemui Dalam Tin Biskut

    Mayat bayi-
    KEJAM !! Mayat Bayi Ditemui Dalam Tin Biskut | SUNGAI PETANI – Mayat seorang bayi lelaki ditemui dalam sebuah tangki air di sebuah bangunan berdekatan Taman Jubli Perak, dekat sini.
    Mayat ditemui dibungkus dengan kain dan dimasukkan dalam tin biskut kira-kira 11 pagi tadi.
    Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Ariffin berkata, pihaknya masih menyiasat sama ada bayi tersebut meninggal dunia terlebih awal sebelum diletakkan di dalam tangki itu.
    Mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk dibedah siasat. Beliau berkata, mayat bayi terbabit ditemui seorang penghuni di bangunan berkenaan.
    Khalil berkata, seorang wanita yang dipercayai ibu kepada bayi tersebut turut dihantar ke hospital bagi menjalani rawatan, lapor Bernama.

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad