• Semasa

    Mangsa Rogol Menerima 200 Sebatan





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Mangsa Rogol Menerima 200 Sebatan
    Gambar Hiasan
    Mangsa Rogol Menerima 200 Sebatan RIYADH – ARAB SAUDI. Seorang wanita Arab Saudi yang menjadi mangsa rogol beramai-ramai dijatuhkan hukuman enam bulan penjara dan 200 sebatan oleh mahkamah, selepas didapati bersalah bercakap kepada media mengenai jenayah yang dilakukan ke atas dirinya.
    Pada 2006, wanita terbabit menaiki kenderaan seorang rakan lelakinya sebelum dibawa ke sebuah kawasan terpencil dan kemudian dirogol oleh tujuh lelaki lain.
    Ketika kejadian, wanita tersebut berusia 19 tahun.
    Sebelum ini, dia dikenakan hukuman 90 sebatan kerana berada di dalam kereta bersama lelaki bukan muhrim.
    Undang-undang Arab Saudi menetapkan bahawa wanita yang keluar di tempat awam mesti ditemani oleh saudara lelaki pada setiap masa.
    Peguam yang mewakili wanita itu, Abdul Rahman al-Lahem pula dilarang mengendalikan kes tersebut selain lesennya dirampas kerana mendedahkan isi kandungan rayuan Mahkamah Agung kepada media.
    Al-Lahem juga telah dipanggil untuk pendengaran tatatertib yang dijadualkan pada akhir bulan ini.
    “Kepada sesiapa yang membantah hukuman itu, rayuan boleh dibuat kepada Mahkamah Agung tanpa perlu bercakap kepada media,” menurut jurucakap mahkamah.
    Difahamkan, kumpulan lelaki yang merogol wanita itu hanya dijatuhkan hukuman penjara lima tahun. - Press TV

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]