• Semasa

    Pegawai Agama Dituduh Cabul 3 Wanita





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Pegawai Agama Dituduh Cabul 3 WanitaSeorang bekas pegawai Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Negeri Pahang (Muip) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuantan, dekat sini, atas tiga pertuduhan mencabul tiga orang wanita.

    Tertuduh dari Taman Rendang Permai, Pekan, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan pertama dibacakan jurubahasa mahkamah hadapan Majistret Noor Zaihan Mohamad Ali dan pertuduhan kedua dan ketiga di hadapan Nor Aisah Mohamad.

    Mengikut kertas pertuduhan yang berasingan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan dengan niat mencabul kehormatan tiga wanita yang berumur dalam lingkungan 25 hingga 30 tahun, di pejabat Pengurus Tadika Pintar Al-Quran, Jalan Kubang Buaya, antara jam 9 pagi hingga 4 petang, 4 Mac lepas.

    Dengan itu, tertuduh boleh disabitkan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau dengan sebat atau mana-aman dua daripadanya.

    Mahkamah mengarahkan tertuduh di hantar ke Hospital Permai, Johor untuk dilakukan pemeriksaan mental dan menetapkan 10 April depan untuk laporan mental.

    Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fatinah Abu Bakar.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]