• Semasa

    "Tuan Hakim... Izinkan Saya Tiduri Isteri Tuan"





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    "Tuan Hakim... Izinkan Saya Tiduri Isteri Tuan"Minggu lepas JR terbaca kisah seorang banduan di sebuah penjara di Amerika yang terpaksa menjalani hukuman penjara lebih 30 tahun atas tuduhan membunuh. Selepas 30 tahun barulah pembunuh sebenar dapat dikesan oleh seorang peguam yang menyiasat semula kes itu. Akhirnya pembunuh sebenar yang mengidap kanser tahap empat membuat pengakuan dialah pembunuh sebenar. 

    Kadang-kadang hakim yang dipanggil Yang Arif itu pun tidak arif dalam semua hal, Hakim juga manusia biasa yang kadang-kadang buat silap.

    Bercakap tentang Hakim, JR pernah dengar satu cerita menarik tentang seorang Hakim di sebuah negara. Suatu hari Hakim itu mengadili satu kes pembunuhan. Mr. X telah dituduh membunuh Mr Y yang menceroboh rumah mereka dan kemudian cuba merogol isteri Mr X. Mr X sempat mencapai kayu besbol yang ada di rumah mereka, memukul kepala penceroboh yang hampir merogol isterinya itu. Akhirnya Mr Y mati selepas kepalanya cedera parah terkena pukulan Mr X.

    Hakim yang membicarakan kes ini mendapati Mr X bersalah kerana sengaja membunuh Mr Y. Hakim berhujah nyawa manusia tidak berhak diambil oleh manusia lain. Kata Hakim hanya Mahkamah yang boleh menghukum penjenayah dan bukan manusia. Akhirnya Hakim menjatuhkan hukuman mati kepada Mr X.

    Sebelum hukuman dilaksanakan pada suatu masa yang akan ditentukan nanti, Hakim memberi peluang kepada Mr X untuk menyatakan sesuatu. Mungkin Mr X ingin menyatakan kekesalannya, mungkin Mr X ingin meminta maaf kepada keluarga si-mati. Mungkin Mr X nak meminta sesuatu dan Mahkamah akan mempertimbangkannya.

    Mr X berdiri dan mengucapkan terima kasih kepada Hakim yang membenarkan dia berkata sesuatu. 

    "Saya nak meminta sesuatu Tuan Hakim. Tapi adakah Tuan Hakim akan menunaikan permintaan saya?"

    "Kecuali meringankan hukuman mati, permintaan-permintaan lain awak boleh minta, saya rasa tak ada masalah untuk tunaikan"

    Mr X memandang wajah Hakim dengan tenang dan kemudian berkata: "Saya cuma ada satu permintaan... izinkan saya tidur dengan isteri Tuan Hakim!"

    Hakim yang pada mulanya tenang, tiba-tiba merah mukanya. Dia mengeluarkan pistol yang berada di dalam poket seluarnya, menerpa dan cuba menembak Mr X tapi beberapa orang petugas Mahkamah menghalangnya. 

    "Tiada sesiapa boleh melakukan itu kepada isteri saya, tiada sesiapa yang boleh meniduri isteri saya. Awak memang patut mati!" jerit Hakim.

    "Penjenayah yang cuba merogol isteri saya juga memang patut mati, tiada sesiapa yang boleh melakukan itu kepada isteri saya, tiada sesiapa boleh meniduri isteri saya!!" jerit Mr X dengan suara lebih kuat dari suara Hakim.

    Ketika itu barulah Hakim sedar jika dia berada dalam kedudukan Mr X dia juga akan melakukan perkara yang sama, sanggup melakukan apa saja untuk melindungi mereka yang disayanginya, termasuk membunuh..... - JR

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]