Header Ads

  • Semasa

    1 Maut Dan 6 Cedera, Pondok Pengawal Diserang Dan Dibakar Di Klang..

    Pondok Pengawal Dibakar
    1 Maut Dan 6 Cedera, Pondok Pengawal Diserang Dan Dibakar Di Klang.. Klang – Seorang pengawal keselamatan rentung, manakala enam lagi pengawal keselamatan cedera selepas tiga pondok pengawal sebuah taman perumahan di Bandar Bukit Raja, di sini, diserang dan dibakar lima lelaki tidak dikenali awal pagi tadi.
    Dalam kejadian 2 pagi itu, mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Muhammad Ridzhuan Che Bi, 26, yang ketika itu bertugas di pondok pengawal 11-Avenue, Bandar Bukit Raja.
    Seorang lagi pengawal keselamatan N Arujunam, 64, cedera ditetak manakala lima yang lain mengalami kecederaan dan kini dirawat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).
    Menurut sumber, tiga pondok keselamatan itu diserang dan dibakar lima lelaki yang menunggang lima motosikal.
    Ketiga-tiga pondok keselamatan itu terletak antara satu sama lain dengan jarak kira-kira 500 meter.
    Punca kejadian dipercayai perebutan kawasan.
    Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar ketika dihubungi mengesahkan kejadian, lapor Harian Metro.

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad