• Semasa

    [6 Gambar] Ramai Yang Takkan Percaya… Upacara Mayat DILIPAT-LIPAT Sebelum DIKEBUMIKAN Ini Diamalkan Di Malaysia !!





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    [6 Gambar] Ramai Yang Takkan Percaya… Upacara Mayat DILIPAT-LIPAT Sebelum DIKEBUMIKAN Ini Diamalkan Di Malaysia !! | BUNYI paluan gong sayup-sayup kedengaran di Kampung Ansip, Keningau, Sabah. Bunyi itu menandakan terdapat kematian yang berlaku dalam sesebuah keluarga…

    Sejurus gong dipalu, semua penduduk kampung perlu berhenti daripada melakukan apa-apa aktiviti. Jika ada yang masih berdegil, mereka perlu memberi seekor babi kepada keluarga si mati…

    1

    2

    Selang beberapa minit selepas gong dibunyikan, seluruh ahli keluarga dan penduduk kampung berkumpul di rumah keluarga si mati untuk menangisi dan meratapi pemergiannya…

    Mayat kemudian akan dimandikan, dikenakan pakaian cantik dan dibiarkan berada di rumah keluarganya selama dua hari sebelum dimasukkan ke dalam tajau iaitu tempayan yang diperbuat daripada tanah liat…Bekas itu boleh didapati dalam pelbagai saiz dan dibeli daripada penjual tajau…

    Selesai upacara memasukkan mayat, tajau itu akan diusung untuk diletakkan di lima sirap iaitu sebuah pondok besar dan tinggi…

    Menurut pembuat lima sirap, Simon Susuru, bagi suku kaum Murut, mereka percaya urusan kematian perlu dilakukan dengan tertib dan mengikut adat resam bagi mengelakkan berlakunya sebarang bencana atau musibah…

    Mereka percaya mayat yang sudah meninggal harus dikebumikan seperti kedudukan mereka di dalam rahim ibu,,,kata Simon ketika ditemui kru Jurnal di pameran kraf warisan sempena Hari Kraf Kebangsaan 2015 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur baru-baru ini…

    Bomoh Babalian

    Tambah lelaki berusia 61 tahun itu,,,proses pengebumian masyarakat Murut terbahagi kepada tiga bahagian iaitu sebelum, semasa dan selepas pengebumian…

    3

    4

    Sebelum pengebumian, ahli keluarga akan membunyikan gong dengan bunyi tertentu untuk memberitahu seluruh masyarakat kampung bahawa terdapat keramaian bagi menghormati si mati…

    Bunyi yang dihasilkan akan membawa maksud berbeza bagi mewakili jantina, pangkat dan punca kematian seseorang itu,ujarnya sambil memberitahu aktiviti penguburan itu lazimnya diamalkan oleh masyarakat kuno Murut di Sabah sejak beratus bertahun lalu…

    Simon yang merupakan suku kaum Murut daripada etnik Paluan berkata, pukulan gong itu akan dilakukan pada tiga hari berturut-turut…

    Paluan pada hari pertama untuk mengkhabarkan terdapat kematian, manakala hari kedua bagi memaklumkan yang mayat masih berada di rumah…
    Pukulan gong pada hari terakhir adalah untuk memberitahu mayat sudah dikebumikan…

    Dulu semasa saya tinggal di Tambunan,Sabah saya juga melihat suasana pengebumian masyarakat Kadazan Dusun dikebumikan.Bunyi paluan gong mengiringi mayat hingga ke kubur,dan disetiap kampung mempunyai kuburnya sendiri, walaupun jarak diantara kampung tidaklah sejauh mana…

    Racun lontong..

    Bercerita lanjut, Simon memberitahu, pada hari ketiga, barulah mayat akan dimasukkan ke dalam tajau berkenaan…
    Untuk memasukkan mayat ke dalam tempayan itu, terdapat satu upacara yang akan dilakukan oleh bomoh Babalian yang dipercayai boleh berhubung dengan kuasa ghaib…

    Upacara yang perlu dilakukan bomoh itu adalah menyiram mayat dengan air panas untuk melembutkan otot dan tulang-temulang mereka supaya mudah untuk dimasukkan ke dalam tajau tersebut…

    Mayat ini dilipat seperti kedudukan bayi dalam rahim ibu sebelum dimasukkan ke dalam tajau. Jika tidak muat, mayat ini dimampatkan sedikit sehingga dapat dimasukkan. Pun begitu, perkara ini jarang berlaku kerana mayat seolah-olah akan bergerak sendiri seperti sudah tahu cara kedudukan mereka…

    Lima sirap

    5
    6

    Jika yang mati itu merupakan seorang pahlawan misalnya, maka senjata tradisional seperti sumpit, parang dan puputul (baju lelaki yang diperbuat daripada kulit kayu) akan digantung pada pondok tersebut…

    Begitu juga jika yang meninggal itu seorang wanita,, lima sirapnya memiliki hiasan lain yang bercirikan identiti dirinya….

    Tambahnya,,,lima sirap dibina menggunakan kayu daripada batang pokok lembut seperti cengal, meranti dan keruing. Atapnya pula dibina daripada daun pokok belian, manakala raut pepohon buluh dijadikan tali pengikat kerana pada zaman dahulu tiada paku…

    Mayat itu akan ditempatkan di lima sirap buat selama-lamanya kerana ia merupakan tempat persemadian akhir…

    Sementara itu, Ketua Unit Pemulihan Kraf dari Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah, Laurence Kintau berkata, kini sudah tidak ramai masyarakat Murut yang mengamalkan adat kematian seperti itu kerana zaman sudah berubah dan mereka bebas menganut agama masing-masing….

    Dalam lingkungan 10,000 keluarga, dianggarkan hanya 10 hingga 15 peratus sahaja yang masih mengamalkan upacara pengebumian tersebut. Itupun dalam kalangan orang-orang tua yang tinggal di kawasan pedalaman sahaja….

    Selebihnya,,,mereka akan melakukan upacara pengebumian mengikut kepercayaan agama masing-masing seperti ditanam atau diletakkan di dalam keranda,katanya yang turut memberitahu, kos untuk melakukan pengebumian tradisional tersebut menelan belanja kira-kira RM5,000…. KREDIT KOSMO.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]