• Semasa

    Bayi Bertali Pusat Dibuang Atas Bonet Kereta





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Bayi dibuang
    Bayi Bertali Pusat Dibuang Atas Bonet Kereta | Gombak – Bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui selamat di dalam bungkusan beg kertas yang ditinggalkan di atas hud kereta di Masjid An Nur Bandar Country Homes, Rawang, 9.15 malam tadi.
    Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, bayi terbabit ditemui seorang lelaki berusia 64 tahun selepas menunaikan solat Isyak sebelum memaklumkan kepada jemaah masjid berhubung penemuan bayi berkenaan.
    “Bayi itu ditemui dalam keadaan sihat dan selamat sebelum ianya dibawa lelaki terbabit yang juga pesara polis ke klinik berdekatan untuk pemeriksaan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, sebentar tadi.
    Beliau berkata, siasatan awal tidak menemui saksi yang melihat bayi terbabit ditinggalkan di atas but kereta dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis berhampiran.
    Ali berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan, lapor Harian Metro.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]