• Semasa

    BONGKAR !! Siapa Sebenarnya Man Botak?





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    man_botak
    BONGKAR !! Siapa Sebenarnya Man Botak?Seremban – Polis Negeri Sembilan kini memburu ketua Geng Botak dikenali Man Botak, 23, selepas tertangkapnya lapan ahli kumpulan berkenaan.
    Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Jaafar Mohd Yusof berkata, kumpulan berkenaan aktif mencuri kereta di negeri ini, Melaka dan Selangor sejak awal tahun ini.
    “Lapan lelaki berusia 28 hingga 55 tahun yang dipercayai ahli Geng Botak ditahan secara berasingan pada 15 hingga 21 April lalu di Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor.
    “Polis turut merampas 10 kenderaan masing-masing lapan kereta dan dua motosikal. Turut dirampas dua enjin kereta yang sudah dileraikan dan rangka kereta Proton Wira,” katanya pada sidang media, hari ini.
    Menurutnya, pihaknya kini sedang mengesan dalang utama Muhammad Shahril Izuwan Norzlan, 23, atau dikenali Man Botak dari Bukit Beruntung, Selangor, dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di talian 06-7682222, lapor Harian Metro.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]