• Semasa

    Budak Lima Tahun Maut Rumah Dihempap Pokok





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Pokok
    Budak Lima Tahun Maut Rumah Dihempap PokokKOTA KINABALU – Seorang kanak- kanak lelaki maut selepas sebatang pokok balak tumbang dan menghempap empat buah rumah di Kampung Bakalau, Beaufort, kira-kira 97 kilometer dari sini, hari ini.
    Ketua Polis Daerah Beaufort, DSP Mustaffa Maarof Mustaffa berkata kanak-kanak berumur lima tahun itu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di Hospital Beaufort.
    “Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.19 pagi apabila sebatang pokok balak di tebing Sungai Bakalau yang reput di bahagian pangkal tumbang dan menghempap empat buah rumah di situ,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
    Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendy K Ramin berkata bomba menerima panggilan tentang kejadian itu kira-kira pukul 6.22 pagi dan tiba di tempat kejadian enam minit kemudian.
    Beliau berkata lapan mangsa lain yang terperangkap dalam rumah yang terjejas selamat dan berjaya dikeluarkan oleh penduduk di situ sebelum bomba tiba, lapor Bernama.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]