Header Ads

  • Semasa

    GEMPAR !! Wanita Cuba Terjun Bangunan..

    Cuba bunuh diri1
    GEMPAR !! Wanita Cuba Terjun Bangunan | Rembau – Suasana pekan ini gempar apabila seorang dari bangunan tiga tingkat, 9.30 pagi ini.
    Difahamkan, tindakan mangsa mempunyai kaitan dengan tekanan perasaan dialaminya kerana bimbang kehilangan suami yang kini menderita penyakit barah tahap empat.
    Bagaimanapun, tindakan pantas anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau serta polis memujuk mangsa kemudianya berjaya mententeramkan wanita itu sekali gus menyelamatkannya.
    Tindakan wanita terbabit bukan sekadar menimbulkan suasana cemas, malah dua orang awam turut cedera ringan selepas terjatuh ketika memijak atap genting dalam usaha menyelamatkannya.
    Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Ibrahim Sharif ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian.
    Katanya, mangsa yang diselamatkan kemudiannya dihantar ke Hospital Seremban untuk pemeriksaan.
    Difahamkan, suami mangsa berusia 45 tahun dan mereka mempunyai tiga anak berusia 14, tujuh dan enam tahun, lapor Harian Metro.

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad