• Semasa

    KEJAM !! Dikerat, Disumbat Ke Dalam Peti Besi..





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Mayat-India1
    KEJAM !! Dikerat, Disumbat Ke Dalam Peti Besi | Haryana – Mayat pasangan kekasih muda yang ditemui dalam peti besi di utara India Isnin lalu dipercayai mangsa pembunuhan kerana menjaga maruah.
    Penduduk tempatan menemui mayat pasangan yang dipercayai berusia pertengahan 20-an dalam dua peti besi di taman rekreasi awam di negeri Haryana, kira-kira 50 kilometer ke selatan New Delhi.
    Menurut polis, kaki lelaki itu dikerat dan disumbat ke dalam peti berkenaan sementara wanita itu masih memakai set gelang tangan yang biasanya dipakai oleh pengantin baru.
    “Nampaknya mereka dicekik hingga mati sebelum mayat mereka dimasukkan ke dalam peti besi. Identiti mereka tidak diketahui.
    “Ia seperti kes pembunuhan menjaga maruah kerana wanita itu memakai gelang tangan. Bagaimanapun, kami tidak menolak motif lain,” kata ketua penyiasat Praveen Kumar.
    Pembunuhan seperti itu kerap berlaku di India, membabitkan pasangan yang hubungan mereka tidak direstui keluarga atau masyarakat, terutamanya di kawasan luar bandar.
    Kebiasaannya ia dilakukan oleh saudara terdekat atau penduduk kampung bagi melindungi reputasi dan maruah keluarga yang mengamalkan sistem kasta.
    Pembunuhan itu berlaku dua hari selepas polis di Haryana menangkap seorang bapa dan anak lelakinya kerana membunuh anak perempuannya yang menjalinkan hubungan dengan lelaki berlainan kasta.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]