• Semasa

    Mayat Mangsa Serangan Buaya Ditemui





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Mayat Mangsa Serangan Buaya DitemuiBetong: Mayat mangsa serangan buaya di Sungai Rimbas, dekat Debak di sini, ditemui dengan kesan gigitan di leher dan lengan kiri, malam tadi.

    Bob Denok, 31, ditemui pada 8.20 malam oleh orang awam tidak jauh dari lokasi mangsa dibaham buaya.

    Sebelum ini, mengikut keterangan, dua rakan bersama mangsa ketika kejadian, mereka bertiga berenang di sungai berhampiran Kampung Babu Ulu untuk memetik buah pedada.

    Ketua Polis Daerah Betong, Superintendan Aidil Bolhassan berkata, mayat kemudian dibawa ke Hospital Betong untuk bedah siasat.

    “Mangsa berada dalam sungai manakala dua rakannya memanjat pokok untuk memetik buah berkenaan.

    "Ketika asyik memetik buah, mangsa secara tiba-tiba disambar buaya sebelum ditarik tengah sungai. Rakannya sempat mendengar mangsa menjerit meminta pertolongan,” katanya. - myMetro

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]