• Semasa

    Misteri Kubur Tidak Bertanda Akhirnya Terbongkar..





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Gali1
    Misteri Kubur Tidak Bertanda Akhirnya Terbongkar..Segamat – Pihak berkuasa termasuk polis menggali semula sebuah kubur yang mencurigakan di Tanah Wakaf Perkuburan di Kampung Jawa, Batu Anam, Segamat, kira-kira 2.30 petang hari ini dan menjumpai satu mayat bayi lelaki yang sedang mereput.
    Ketua Polis Daerah Segamat, Superitenden Mohd Kamil Sukarmi berkata, anggotanya menerima panggilan dari pihak awam kira-kira 2 petang yang mendakwa ada mayat yang di kebumikan di sekitar tanah perkuburan terbabit secara mencurigakan sejak beberapa minggu lalu.
    “Pihak Forensik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar disertai kakitangan Patologi Hospital Daerah Segamat  (HDS) kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian serta diarahkan untuk menggali semula kubur terbabit.
    “Pihaknya kini sedang menjalankan siasatan dari semua sudut selain indivdu juga mengesan ibu yang melahirkan bayi itu dan belum ada tangkapan dilakukan serta mayat bayi itu kini di tempatkan di Bilik Mayat HDS untuk bedah siasat,”katanya ditemui di tanah perkuburan terbabit di sini.
    Menurutnya, siasatan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 318 kerana menyembunyikan kelahiran selain meminta pihak awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian di minta menghubungi talian Balai Polis Batu Anam di talian 07-9499222 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat di talian 07-9324222, lapor Harian Metro.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]