• Semasa

    NOSTALGIA !! Masih Ingat Perkhidmatan Bas Mini KL (1975-1998) ?





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    NOSTALGIA !! Masih Ingat Perkhidmatan Bas Mini KL (1975-1998) ?Kali ini kami ingin berkongsi dengan anda tentang kenderaan awam yang popular di Malaysia suatu ketika dahulu..

    Masih ingat lagi dengan Bas Mini?
    Perkhidmatan bas mini bermula pada 23 September 1975 di bawah Kementerian Pengangkutan. Pada masa itu, bas mini beroperasi pada pelbagai laluan mengikut warna bas masing-masing (biru-putih, kuning-putih, merah-putih, ungu-putih dan hijau tua-putih). Bas mini berkenaan bertanggungjawab mengendalikan sehingga hampir enam puluh laluan berbeza.
    Tiga syarikat utama (Syarikat Kerjasama Pengaman (M) Bhd, Bas Mini Wilayah dan Konsortium Pengusaha Bas Mini Sdn Bhd) memonopoli kebanyakan laluan bas sementara pengusaha yang lebih kecil dibenarkan beroperasi di tempat tertentu sahaja.
    1
    Pada tahun 1975, semasa bas mini diperkenalkan sebagai satu bentuk perkhidmatan, tambang bas asalnya cuma 40 sen. Kemudian pada tahun 1991, tambang dinaikkan ke 50 sen dan dua tahun kemudian, tambang dinaikkan lagi kepada 60 sen.
    2
    Bas mini tidak mempunyai jadual waktu tetap. Sebaliknya, perkhidmatan dijalankan berasaskan komisen di mana pengusaha dibayar mengikut bilangan trip serta kutipan tambang dalam sehari. Kadang-kadang, untuk bersaing dengan pengusaha lawan, pemandu mungkin akan melencong daripada laluan asal sehingga menyusahkan penumpang.
    3
    Pada tahun 1990, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Paduka Rahmah Osman, menetapkan warna piawai bas mini kepada merah jambu dan putih. Pada 1 Julai 1998, perkhidmatan bas mini dihentikan di bandar raya Kuala Lumpur

    1 ulasan:

    1. Aku suka naik bas mini ni, terutama yang no 47, driver dia memang cekap, bawa laju, memang tak mengantuk dibuatnya. Berhenti pula ikut suka. kalau suruh berhenti kat traffic light pun boleh! memang sempoi! Kekadang diaorang race sama sendiri, macam berlumba pun ada.

      BalasPadam

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]