• Semasa

    Pendedahan Dato Siti Dan Che Ta Nyatakan Sokongan Terhadap Tun Mahathir..





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    Pendedahan Dato Siti Dan Che Ta Nyatakan Sokongan Terhadap Tun Mahathir | Nampaknya selepas Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mengeluarkan kenyataannya yang beliau kesorangan dalam mengkritik pemerintahan Perdana Menteri Dato Sri Najib Razak, semakin ramai telah bangun dan menyatakan sokongan terhadap beliau.

    Terbaru dua selebriti terkenal tanah air Dato Siti Nurhaliza dan Jelitawan Rozita Che Wan telah mengejutkan ramai pihak menyatakan sokongan terbuka terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad yang “keseorangan” mengkritik pentadbiran perdana menteri.

    Bagi Penyanyi nombor satu negara, Dato Siti, bekas Perdana  Menteri  yang memerintah selama 22 tahun itu menyentuh hatinya kerana mengharungi pelbagai cabaran membangunkan Malaysia sehingga terkenal di mata dunia.


    “Love you Tun (Mahathir) dan sentiasa bersama Tun....

    “Sejarah kepimpinan Tun mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan membangunkan Malaysia hingga terkenal di mata Dunia patut kita hargai serta contohi.

    “Tiada yang muda Kalau tidak kerana orang tua,” tulis Siti Nuhaliza di akaun Instagramnya.

    Penyanyi lagu berentak irama Malaysia itu juga menggunakan hashtag #sayaanakMalaysia dan #sebak bagi menggambarkan perasaannya itu.

    Rozita Che Wan turut sama menyatakan sokongan terbukanya kepada Mahathir yang merupakan Perdana Menteri keempat itu.

    Che Ta dalam laman Instagramnya turut berbuat perkara sama dengan Dato Siti dengan meletakan gambar Dr M dengan "caption"


    “Tun tidak keseorangan... kami sentiasa teguh di belakang...,”  Tapi kami ni orang marhein sapa nak dengaq soqa kami." kata jelitawan 42 tahun  dalam sedikit dialek Kedah.

    Bukan sahaja menyatakan dukungan kepada Mahathir, Rozita juga malah menyatakan kebencian terhadap pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April lalu.

    Beliau menyatakan bantahan halus itu melalui penggunaan hashtag #bencigst di samping #sayaanakmalaysia , #welovetun dan #tundrmahathirmohammad.

    Dr Mahathir pada 13 April lalu telah mengeluarkan kenyataannya melalui chedet.cc bahawa beliau keseorangan ketika membangkitkan kritikan terhadap kepimpinan Najib.

    Beliau bagaimanapun menegaskan kritikannya dalam isu Altantuya Shaariibu dan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dibuat atas rasa tanggungjawabnya kepada rakyat. - Siakapkeli.com.my

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]