• Semasa

    Pendedahan JAIM Mengenai Air Zam-Zam Tiruan Yang Tersebar..





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Pendedahan JAIM Mengenai Air Zam-Zam Tiruan Yang Tersebar | Melaka: Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menafikan pembungkusan air zam-zam tiruan seperti yang tersebar di laman sosial Facebook (FB) dilakukan dipremis negeri ini.

    Ketua Penguat Kuasa JAIM Ramihin Bani berkata, pihaknya tidak pernah mendapat maklumat mahupun melakukan serbuan ke atas mana-mana premis yang didakwa membungkus air zam-zam tiruan itu.

    "Viral gambar yang memaparkan pembungkusan air zam-zam tiruan ini sengaja diada-adakan oleh pihak tidak bertanggungjawab bertujuan mahu mewujudkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

    "Penularan gambar ini mungkin juga berlaku dari luar negara, bukannya seperti yang didakwa terjadi di Melaka," katanya.

    Rahimin berkata, pihaknya berharap orang ramai menghentikan penyebaran gambar terbabit bagi mengelakkan timbulnya salah faham.

    Penyebaran gambar ini mula menjadi viral di FB sejak pagi tadi selepas empat keping gambar yang menunjukkan ratusan kotak serta seorang lelaki sedang mengisi air zam-zam tiruan. - myMetro
    PEMBUNGKUSAN air zam-zam yang menjadi viral di FB. FOTO Nur Saliawati Salberi

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]