Header Ads

  • Semasa

    Punca Budak 7 Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat Tiga

    Kanak-kanak maut terjatuh dari tingkat tiga
    Bapa mangsa (dua kiri) tidak dapat menahan kesedihan apabila mayat anaknya dibawa ke hospital untuk dibedah siasat. - Foto Bernama

    Punca Budak 7 Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat Tiga | KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun maut setelah terjatuh dari tingkat tiga sebuah pusat tuisyen di Suria Court, Bandar Mahkota Cheras tengah hari tadi.

    Mangsa Damon Yen Zhi Yang, 7, telah dihantar oleh ibunya ke pusat tuisyenitu pagi tadi untuk ditumpangkan buat sementara waktu kerana anaknya itu demam.

    Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.45 tengah hari.
    Beliau berkata, mangsa dijumpai mati dalam keadaan tertiarap dan mengalami kecederaan parah di kepala.

    "Ibu mangsa telah menyerahkan anaknya kepada guru tuisyen untuk dijaga kerana anaknya tidak sihat," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

    Abdul Rashid berkata, punca kejadian kanak-kanak itu jatuh masih disiasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

    Sementara itu, kawan kepada bapa mangsa yang enggan dikenali berkata semasa guru pusat tuisyen itu keluar membeli makanan mangsa dipercayai sedang tidur bersendirian.

    "Kira-kira 10 minit dia (guru) pulang ke rumah dan terkejut apabila melihat Yen sudah tiada di tempat tidurnya. Selang beberapa minit kemudian guru itu diberitahu oleh orang ramai bahawa mangsa sudah terjatuh ke bawah bangunan akibat tergelincir," katanya.

    Menurut Abdul Rashid, mayat dihantar ke Hospital Kajang untuk dibedah siasat. - Bernama

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad