• Semasa

    Video Pekerja KFC Tunjuk Isyarat Lucah Jadi Viral..





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Pekerja-KFC
    Video Pekerja KFC Tunjuk Isyarat Lucah Jadi Viral.. | KUALA LUMPUR - Satu rakaman video memaparkan seorang pekerja restoran makanan segera, Kentucky Fried Chicken (KFC) menunjukkan isyarat lucah menjadi ‘viral’ di laman sosial, sejak semalam.
    Menerusi video yang dimuat naik di laman sosial Facebook Komuniti Cina, rakaman klip video berdurasi 9 saat itu menunjukkan seorang pekerja wanita restoran berkenaan sempat mengangkat isyarat lucah sebelum beredar dari tempat duduk pelanggan.
    Menurut laporan portal The hype media, kejadian berlaku di sebuah KFC Taman Putra apabila sekumpulan pelajar yang dianggarkan antara 15 sehingga 20 orang datang makan tengahari.
    Ekoran kerana bilangan pelajar tersebut terlalu ramai, mereka mencadangkan agar kerusi dan meja digabungkan untuk membolehkan mereka duduk bersama.
    Susulan itu, seorang pelajar terbabit meminta kakitangan KFC berkenaan mengemas satu meja yang dikatakan masih belum dikemas kerana digunakan pelanggan sebelum ini
    Bagaimanapun, pekerja tersebut dikatakan tidak mengizinkan kumpulan pelajar terbabit untuk mengabungkan meja atas alasan menghalang laluan.
    Namun, kumpulan pelajar itu tetap bertindak mengabungkan meja. Sejurus itu, pekerja terbabit berkata;
    “Lebih baik kamu makan di luar”.
    Menyedari tindakannya dirakam, pekerja wanita berkenaan bertindak meninggalkan kawasan tersebut sebelum menunjukkan isyarat lucah.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]