• Semasa

    17 Rahsia Syarikat ZALORA Yang Ramai Tak Tahu.. #14 Paling MENGEJUTKAN !!





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    17 Rahsia Syarikat ZALORA Yang Ramai Tak Tahu.. #14 Paling MENGEJUTKAN !! | Berikut merupakan perkongsian dari abang Firdaus Yasin tentang maklumat syarikat Zalora yang tidak ramai yang tahu. Hari ini sempat singgah sebentar di MAGIC, Cyberjaya. (9/5/2015)
    11218783_367115576810333_1091401217020368171_n
    Perkongsian dari wakil Zalora selama 2 jam. Tidak banyak stratergi yang dikongsikan oleh mereka. Kebanyakan perkongsian tentang historical data. 

    Apabila ditanya tentang marketing bajet dan revenue tahun lepas, mereka hanya beritahu ianya rahsia syarikat. Nota ini berdasarkan pemahaman saya.

    17 point tentang Zalora.
    1. Zalora telah beroperasi selama 3tahun, tetapi masih belum reach breakeven point kerana market di Malaysia masih belum matang. Pihak Zalora menggalakkan pesaing lain supaya boleh mempercepatkan proses awareness tentang ecommerce di Malaysia.

    2. SOP Zalora untuk inventory menetapkan supaya setiap produk on shelves mesti dihabiskan dalam 90 hari. Sekiranya 60 hari masih banyak lagi, mereka akan mulakan membuat promosi. Sekiranya 90 hari masih belum habis juga, mereka akan buat clearance besar-besaran asalkan rak clear.

    3. Zalora membuat validation dengan cara Jika produk baru boleh dijual more than 35% from its beginning inventory dalam masa sebulan, means produk itu boleh dijual. Ianya akan increase production dan push untuk sales. Jika bawah dari itu, mereka akan kaji dahulu bagi mengetahui masalah apa dan cuba rectify. Sekiranya masih gagal,mereka akan buat jualan penghabisan stok atau jual murah dan berhentikan pengeluaran dengan serrta merta.

    4. Dalam tempoh 2 jam semasa talk,zalora selalu sebut tentang ‘customer acquisition’ berulang kali dan jarang sebut tentang sales. Mereka lebih mementingkan number of customers daripada sales.

    5. Walaupun masih belum breakeven,tetapi growth zalora dari segi jumlah pelanggan bertambah 200% setiap tahun.

    6. Fb ads & adwords mereka telah push to the limit. Dari effort marketing online sudah nampak pengurangan pelanggan walaupun jumlah bajet yang sama dikeluarkan. Mereka cuba untuk bermain di platform offline secara perlahan-lahan ,ianya masih diperingkat explore. Contoh, mereka akan buat buat fashion show, buka booth di centre court big shoppig mall atau mungkin akan buka outlet. Marketing secara offline mereka giat berkerjasama dengan syarikat besar seperti Samsung,7eleven dan lain-lain.Apabila membeli barang,pelanggan akan dapat coupon voucher dari zalora.

    7. Zalora turut mempunyai kilang production sendiri, private label. Production mereka di China, Vietnam dan beberapa lagi Negara lain.Mereka perlu buat produk sendiri bagi mendapatkan keuntungan yang tinggi.

    8. Produk Zalora yang paling best seller berbanding international brand. Kebanyakan produk international brand memang dibeli secara borong dan disimpan di warehouse mereka yang terletak di Shah Alam.

    9. Jualan tertinggi Zalora di Lembah Klang iaitu sebanyak 33% .

    10. Produk private label Zalora yang paling tiggi jualannya,ini kerana mereka mencipta produk yang “lookalike produk branded”

    11. Sebanyak 3.5 juta unique visitor yang mengunjungi zalora

    12. Average pengunjung yang melayari website zalora sekitar 8minit
    (waktu yang paling lama jika dibandingkan dengan ecommerce lain)

    13. Jualan tertinggi zalora pada musim-musim perayaan.

    14. Hasil daripada data yang diperolehi,pengunjung website Zalora gemar membuat belian sekitar jam 9pagi hingga 4petang.

    15. 30% julan dari pengguna telefon dan ianya semakin meningkat naik dari masa ke semasa.

    16. Kebiasaanya mereka mebuat promosi pada waktu-waktu tertentu(Hujung minggu,cuti umum,petang)

    17. Pembeli zalora terdiri dari 70%wanita dan 30% lelaki.

    Semoga bermanfaat.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]