• Semasa

    Isteri Duta Malaysia Antara 6 Terkorban Nahas Helikopter





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    PAKISTAN-HELICOPTER-ACCIDENT-NORTH
    Isteri Duta Malaysia Antara 6 Terkorban Nahas Helikopter | ISLAMABAD – Sebuah helikopter yang membawa diplomat asing termasuk isteri duta Malaysia terhempas di sebuah sekolah di wilayah Naltar dekat utara Pakistan hari ini.
    Kemalangan itu menyebabkan enam orang maut termasuk isteri duta Malaysia dan Indonesia itu.
    Menurut tweet rasmi jurucakap tentera Pakistan, duta Norway, Leif H. Larsen dan duta Filipina, Domingo D. Lucenario Jr antara yang terkorban termasuk dua juruterbang warga tempatan.
    Helikopter yang membawa 17 penumpang itu dalam perjalanan ke Gilgit-Baltistan sempena lawatan tiga hari untuk bertemu Perdana Menteri, Nawaz Sharif.
    “Duta Poland, Andrzej Ananiczolish dan duta Belanda, Marcel de Vink dilaporkan cedera,” tambah jurucakap tentera itu lagi.
    Punca kemalangan masih lagi disiasat, lapor AFP.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]