• Semasa

    LUAHAN HATI Doktor Ini Bila Tengok Drama Melayu Ini Bakal MENGEJUTKAN Kita Semua !!





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    LUAHAN HATI Doktor Ini Bila Tengok Drama Melayu Ini Bakal MENGEJUTKAN Kita Semua !! | Walaupun sering kali dikritik, Drama dan Filem Melayu masih mendapat tempat di hati ramai penonton Rakyat Malaysia. 

    Namun, kali ini kritikan itu datangnya daripada seorang Doktor yang menegur drama-drama Melayu kerana tidak mengambil berat tentang penggunaan alat perubatan ketika dalam penggambaran.
    doktor1
    Menurut Dr. Khairul Hafidz, pengarah Drama dan Filem Melayu sepatutnya menggunakan khidmat nasihat doktor agar prosedur dan alatan perubatan digunakan dengan cara yang betul. Jika tidak, beliau bimbang kelak doktor sukar menjalankan tugas apabila berhadapan dengan persepsi masyarakat. Baca teguran beliau:
    “Di laman twitter kebelakangan ini, saya banyak memberi komentar mengenai penggunaan alat perubatan dan medical term yang mereka gunakan.
    Saya perhatikan, banyak kesalahan prosedur dan alatan serta bahasa dalam penggambaran.
    “Kena faham bahawa pengaruh media dan drama sangat kuat di kalangan masyarakat, dan itu yang bahaya, orang ramai secara tak sedar akan percaya apa yang mereka lihat, dan akhirnya menjadi kesukaran buat staf kesihatan untuk ubah persepsi masyarakat.
    “Pengarah drama dan filem kena lebih teliti, buat kajian dulu sebelum buat penggambaran, jangan hentam semberono.
    Saran saya, guna khidmat doktor penasihat, supaya drama atau filem tak nampak jelek.
    “Biar belanja lebih sikit, asal kualiti filem dan drama kita terjaga.
    e8d0e7357b7d68777cd66a5115af81cc
    Dr. Khairul turut memuatnaik beberapa contoh kesalahan Drama dan Filem Melayu: KREDIT TENGOKTVONLINE.

    Semoga saranan dan teguran Dr. Khairul ini dapat diterima oleh penggiat drama dan filem di Malaysia. Kalau tidak sampai bila industri itu mahu maju dan bersaing dengan negara lain?

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]