Header Ads

  • Semasa

    Luahan Rita Rudaini 'Betul Ke Dia Tak Mampu?'

    rita_aidil
    Luahan Rita Rudaini 'Betul Ke Dia Tak Mampu?' | KUALA LUMPUR – Rita Rudaini tetap mahu bekas suaminya, Aidil Zafuan membayar tuntutan mutaah RM300,000 yang dimintanya kerana baginya, pemain pertahanan Johor Darul Takzim (JDT) itu lebih daripada mampu untuk berbuat demikian.
    “Betul ke dia tak mampu? Bukankah kehidupan dia cukup mewah. Ada kereta mewah banyak dan kerap pergi bercuti. Gaya mewah hidupnya itu sering ditunjukkan di laman Instagram.
    “Mutaah iaitu satu bayaran yang wajib ke atas suami yang diberi kepada isteri yang telah diceraikan tanpa sebab munasabah mengikut hukum syarak. Mungkin dia tak tahu kot gamaknya kerana bayaran edah yang wajib kepada saya pun belum dibayar lagi” tegas ibu tunggal kepada Airit Rayyan Rizqin, 6, dan Airit Qaqa Arjuna, 4, itu.
    Rita meluahkan rasa hatinya itu susulan kenyataan Aidil bahawa beliau mempunyai banyak tanggungan lain selepas berkahwin dengan Zareema Zainal dan mempunyai seorang anak, sekali gus tak dapat memenuhi permintaan beliau.
    Bengang dengan alasan perceraian yang diberikan Aidil, Rita berkata dia akan berjuang habis-habisan bagi menegakkan maruah wanita yang teraniaya.
    “Baru sekarang dia bagi alasan ceraikan saya sebab tak jalankan tanggung jawab sebagai isteri. Barangkali dia lupa Tuhan ada dan Maha melihat.
    “Kalau macam itulah alasan dia, nasihat saya kepada mereka yang bergelar isteri dan bekerja sepenuh masa dan ada pendapatan sendiri kena bersiap sedia kalau diceraikan dan diberikan alasan tak bertanggung jawab sebegitu.
    “Selagi saya tak dapat apa yang saya nak, saya akan perjuangkan semua ini. Tak kiralah orang nak keji saya itu dan ini. Saya ada alasan konkrit.
    Rita berkata, beliau berbuat demikian bukan semata-mata kerana wang RM300,000 tetapi untuk mempertahankan maruah beliau sebagai seorang wanita dan ibu.
    Katanya, jumlah yang dituntut itu hanya anggaran selama beliau ditinggalkannya dan terpulanglah kepada mahkamah menentukannya.
    “Apa yang penting, saya mahu perjuangkan hak mutaah itu daripada seorang wanita yang teraniaya,” katanya.
    Hakim Mahkamah Tinggi Syariah menetapkan 25 Mei ini untuk sambungan perbicaraan tuntutan mengikut seksyen 58 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Aidil dan Rita bercerai pada September 2013 di Mahkamah Syariah Seremban, lapor Berita Harian.

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad