Header Ads

  • Semasa

    PADAH !! Anggota Minta Habuan Buat 'Projek', Rasuah..

    gari
    PADAH !! Anggota Minta Habuan Buat 'Projek', RasuahSEREMBAN - Seorang inspektor polis ditangkap selepas didakwa meminta melakukan hubungan seks dan rasuah daripada seorang wanita untuk membebaskan tiga rakannya yang ditahan di dalam lokap.
    Pegawai tersebut ditahan bersama dua yang lain termasuk seorang pegawai penguatkuasa majlis tempatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.
    Suspek berusia antara 21 dan 31 tahun.
    Difahamkan pegawai SPRM pada mulanya menahan dua suspek selepas mereka meminta RM1,000 daripada seorang lagi rakan kepada tiga individu yang ditahan itu.
    Ketiga-tiga individu itu ditahan kerana terlibat dalam insiden pergaduhan.
    Inspektor tersebut ditahan selepas didakwa meminta wang dan melakukan hubungan seks daripada rakan kepada ketiga-tiga wanita berkenaan.
     Ketua SPRM negeri, Shaharom Nizam Abd Manap mengesahkan tangkapan tersebut.
    Suspek ditahan reman sehingga Jumaat untuk membantu siasatan, lapor mStar Online.

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad