Header Ads

  • Semasa

    Punca Sebenar Lelaki Maut Dibakar Di Kebun Kelapa Sawit TERUNGKAI..

    NSTP
    Punca Sebenar Lelaki Maut Dibakar Di Kebun Kelapa Sawit TERUNGKAI.. | Kota Bharu – Seorang lelaki yang mati akibat melecur seluruh badan, semalam, dipukul di tempat lain sebelum dia dibakar di kebun kelapa sawit di Jalan Kebun Cherang Tuli, Pasir Puteh.
    Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, suspek memukul mangsa akibat perselisihan faham sebelum mangsa secara tiba-tiba tidak sedarkan diri.
    “Suspek yang menyangka mangsa meninggal dunia membawanya ke kebun kelapa sawit dan membakarnya untuk menghapuskan bukti.
    “Bagaimanapun, kejadian itu disedari oleh seorang wanita selepas terdengar mangsa mengerang kesakitan.
    “Mangsa yang melecur seluruh badan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.
    Menurutnya, susulan kejadian itu enam suspek termasuk seorang wanita ditahan sejam selepas kejadian untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, lapor Harian Metro.

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad