• Semasa

    SAYU !! Luahan Sedih Saudara Mangsa Nahas..





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]





    Facebook Page Familia Myvi Club Diserang


    SAYU !! Luahan Sedih Saudara Mangsa Nahas..Susulan itu, orang ramai yang berang dengan kemalangan maut itu telah ‘menyerang’ laman facebook rasmi kumpulan tersebut dan mendesak pemandu-pemandu yang terlibat supaya menyerah diri kepada pihak berkuasa.



    Kuala Lumpur: Tiga beranak termasuk bayi perempuan berusia 7 bulan maut selepas SUV Pajero Sport dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan dua Perodua Myvi di Kilometer 6.3 Lebuhraya Duke arah Jalan Duta, dekat sini, 1.05 pagi tadi.



    Fairuz Nizam Husain, 35, meninggal dunia di tempat kejadian, isterinya, Nova Safitri Azhari,27, dan bayi mereka, Nur Firuza Annisa meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

    Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan S Markandan berkata, kemalangan berlaku apabila Pajero dipandu Fairuz Nizam berada di lorong tengah sebelum dipercayai digesel dari sebelah kanan oleh sebuah Myvi menyebabkan Pajero itu terbabas ke sebelah kiri lalu dilanggar oleh sebuah lagi Myvi yang berada di lorong kiri.

    “Akibatnya, Pajero itu berpusing beberapa kali. Pemandu dan semua penumpang tercampak di atas jalan raya.

    “Pemandu Myvi di lorong kiri tidak cedera, manakala satu lagi pemandu Myvi cedera di mulut dan dirawat di HKL,” katanya.

    Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1957.

    Sementara itu, ibu saudara Allahyarham Nova Safitri, Hartati Hassan Basri berkata, ketika kejadian dua lagi anak perempuan Nova Safitri Nur Firuza Amira, 7, dan Nur Firuza Aqila, 4, berada di rumah mentuanya dan dia serta suami dalam perjalanan mengambil mereka di Taman Batu Muda, Batu Caves.
    Katanya, jenazah tiga beranak itu akan dikebumikan selepas Solat Asar ini di Taman Batu Muda.

    sumber http://www.hmetro.com.my/node/47973#sthash.CONE0MqV.dpuf

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]