• Semasa

    Tragedi Duke: Polis Siasat Tanpa Prejudis





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

     Tragedi Duke

    Tragedi Duke: Polis Siasat Tanpa Prejudis | SHAH ALAM - Pihak polis memberi jaminan bahawa proses siasatan kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Duke pada awal pagi Sabtu lepas akan dijalankan secara telus dan tanpa prejudis.

    Ketua Trafik Pasukan (KTP) Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Abd Latiff memberi jaminan itu dan pihak yang didapati cuai sehingga menyebabkan kemalangan tersebut berlaku akan tetap dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan.

    "Berkaitan kes kemalangan di Lebuhraya Duke pada 2 Mei 2015 yang melibatkan tiga kematian. Cawangan Trafik Kuala Lumpur telah mulakan siasatan sebaik sahaja menerima laporan mengenai kemalangan tersebut.

     Tragedi Duke

    "Daripada siasatan awal mendapati sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Pajero Sports dan dua buah kenderaan jenis Perodua MyVi terlibat dalam kemalangan ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

    Terdahulu, kemalangan yang meragut nyawa sepasang suami isteri dan bayi mereka berusia enam bulan di Lebuhraya Duke  itu mendapat perhatian rakyat Malaysia.

    Mereka ialah Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa.

    Sebelum ini, seorang lelaki berusia 31 tahun dan seorang perempuan berumur 35 tahun ditahan polis untuk membantu siasatan.

    kedua-duanya kenudiannya telah dibebaskan dengan jaminan polis.

    Kemalangan tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    Pihak polis juga merayu orang ramai yang saksikan kemalangan ini supaya tampil membantu dalam siasatan.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]