Header Ads

  • Semasa

    TRAGEDI DUKE !! Ramai Berang Kecuaian Pemandu Myvi..

    Berang kecuaian pemandu Myvi
    TRAGEDI DUKE !! Ramai Berang Kecuaian Pemandu Myvi | SHAH ALAM – Kemalangan yang meragut nyawa sepasang suami isteri dan bayi mereka berusia enam bulan di Lebuhraya Duke  awal pagi Sabtu lalu, mendapat perhatian rakyat Malaysia.

    Mereka ialah Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa.

    Fairuz Nizam yang memandu kenderaan Pajero maut di tempat nahas manakala isteri dan anaknya meninggal di Hospital Kuala Lumpur.

    Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan S Markandan berkata, kejadian pada jam 1.05 pagi di laluan dari arah Ulu Klang menghala Jalan Duta.

    Beliau berkata kemalangan berlaku apabila Pajero itu yang berada di lorong tengah dipercayai digesel dari sebelah kanan oleh sebuah kereta Myvi.

    “Akibat pelanggaran itu, kereta mangsa terbabas di sebelah kiri sebelum dilanggar sebuah lagi kereta Myvi yang berada di lorong kiri.

    “Kenderaan mangsa berpusing beberapa kali dan menyebabkan mereka tercampak di atas jalan,” katanya.

    Sebagai tanda simpati, ramai yang menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan menyuarakan perasaan sedih di laman sosial.

    Tidak kurang juga marah dengan kecuaian pemandu Myvi dipandu secara melulu sebelum merempuh kenderaan dipandu Allahyarham Fairuz Nizam.

    Kedua-dua pemandu kereta Myvi itu, seorang daripada mereka seorang wanita berumur 35 tahun, cedera ringan manakala seorang lagi pemandu lelaki berumur 31 tidak cedera.

    Laman Facebook dipenuhi spekulasi bahawa kejadian itu berpunca daripada enam kereta Myvi yang sedang berlumba sekitar jam 1 pagi.

    Malah akaun Facebook Familia Myvi Club diserang dengan kritikan daripada pengguna laman sosial itu yang berang dengan perbuatan ahli kelab tersebut.

    Pemilik akaun dengan nama Faizul Rahimi dalam komennya berkata, kelab tersebut perlu dipersalahkan atas kejadian itu.

    “Kalau sebuah saja yang berlumba, salah individu. Tapi kalau dah sampai beberapa buah kereta dari kelab ini terlibat, terpaksalah tuding jari dekat kelab ini.

    “Yang berlumba kau orang serah dekat polis. Minta maaf secara terbuka dan bubar terus lagi elok,” katanya.

    Sementara itu, seorang lagi pengguna dipercayai ahli keluarga mangsa, Azeera Rahmat berkata, kejadian tersebut telah menyebabkan dua orang lagi anak pasangan itu menjadi yatim piatu.

    “Kau orang telah menyebabkan anak buah aku jadi yatim piatu,” katanya.

    Rata-rata komen juga mendesak agar Familia Myvi Club menasihatkan ahli mereka yang terlibat dalam kemalangan itu agar menyerah diri kepada polis.

    “Minta presiden serah semua suspek. Semoga kelab ini bertanggungjawab dengan apa yang menimpa keluarga ini,” tulis pengguna dengan nama Nizam Giler-Giler Rider.

    Terdapat juga akaun Facebook yang baharu diwujudkan bernama Familia MurderMyvi Club–FMC tanda kemarahan kepada pemandu Myvi terlibat.

    Setakat jam 7 petang semalam, laman tersebut mendapat 1,135 like. - SH

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad