Header Ads

  • Semasa

    Ahli Keluarga Ugut Saman Chef Wan


    Ahli keluarga chef selebriti Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail mengambil keputusan ingin menyaman beliau di atas tindakannya memuat naik gambar mereka di laman Instagram baru-baru ini.
    Salah seorang anak saudara Chef Wan, Muhd Nazmi Khalid berkata dia akan meminta peguam untuk mengeluarkan surat tuntutan maaf kepada bapa saudaranya itu selain memadamkan gambar yang dimuat naik tersebut.

    Chef1 
    Muhd Nazmi berkata, “Saya dan ahli keluarga lain sudah sepakat untuk menyaman Chef Wan dan berharap kes ini dapat diselesaikan segera. Kami akan memberi tempoh dalam seminggu untuk dia meminta maaf secara terbuka dan padam semua gambar tersebut.
    “Kami sebenarnya sudah lama tidak tahan dengan perangai Chef Wan. Sebelum ini, dia selalu tulis status kutuk kami pemalas tetapi letak gambar lain tapi kali ini dia sudah melampau.
    “Apatah lagi di dalam gambar itu ada wanita yang terdedah aurat. Kalau hendak maki atau tegur pun tidak perlulah letak gambar tersebut,” katanya.
    Chef Wan sebelum ini menyuarakan rasa tidak puas hatinya di Instagram kerana ada ahli keluarganya yang didakwa tidak membantu langsung menyediakan persiapan di hari raya beserta gambar ahli keluarga yang masih tidur.
    Bagaimanapun perkara tersebut dinafikan oleh ahli keluarganya yang menyatakan bahawa mereka lewat bangun tidur kerana penat melayan ramai tetamu yang terdiri daripada peminat Chef Wan sendiri.
     chef-wann

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad