Header Ads

  • Semasa

    TRAGIS !! Jurutera Maut Diseret 20 Meter

    TRAGIS !! Jurutera Maut Diseret 20 Meter

    Kuala Lumpur: Seorang jurutera maut diseret sebuah kereta sejauh hampir 20 meter sejurus mangsa tercampak ke tengah jalan.

    Dalam kejadian jam 12.42 tengah hari semalam, mangsa, Mohd Firdaus Ahmad, 30, yang menunggang motosikal terbabit kemalangan di Kilometer 20.5, Lebuhraya Maju Expressway (MEX) arah ke Putrajaya.

    http://norichmedia.blogspot.com/2015/08/tragis-jurutera-maut-diseret-20-meter.html

    Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Razimi Ahmad berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah lori yang sedang menjalankan kerja pemasangan kabel berhenti di lorong kecemasan lebuh raya berkenaan.

    “Mangsa yang menunggang motosikal Kawasaki Scrambler gagal mengelak lalu melanggar bahagian belakang kanan lori yang diletakkan di lorong kiri jalan.

    “Perlanggaran itu menyebabkan mangsa terjatuh di lorong tengah lebuh raya sebelum sebuah kereta dipandu seorang lelaki gagal mengelak lalu melanggar mangsa,” katanya. lapor myMetro.

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad