Header Ads

  • Semasa

    Pemandu Treler Maut Dalam Kemalangan Ngeri di PLUS (3 Gambar)


    Sungai Buloh: Pemandu treler maut dalam kemalangan membabitkan lori dengan treler di Kilometer 453.3 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, pagi tadi.

    Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, mangsa yang maut adalah pemandu treler, S Suthirvanan, 31, akibat parah di badan.

    Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Rozi Jidin berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila treler dari arah utara melanggar bahagian belakang lori terbabit ketika mahu masuk ke susur Hospital Sungai Buloh.

    "Mangsa yang maut tersepit di tempat duduk menyebabkan kecederaan parah di badan dan maut di lokasi kejadian.

    "Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada pemandu treler yang memandu dalam keadaan mengantuk," katanya.

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad