Header Ads

  • Semasa

    SAYU !! Kata-Kata Anak Arwah Aziz Desa Luahkan Rasa Sedih Permergian Ayah Tercinta (5 Gambar)

    SAYU !! Kata-Kata Anak Arwah Aziz Desa Luahkan Rasa Sedih Permergian Ayah Tercinta (5 Gambar)


    LANGKAWI : Percutian bersama keluarga di Phuket menjadi percutian terakhir buat Aziz Desa, 50, bekas wartawan dan pengacara televisyen yang meninggal dunia di sini hari ini.

    Isterinya, Raden Norazlina Raden Jumari, 50 berkata, beliau bersama Aziz atau nama penuhnya Abdul Aziz bersama-sama anak-anak mereka baru kembali daripada pusat percutian terkenal di Thailand itu petang semalam sebelum disedari meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

    "Malam tadi arwah tidur di katil yang ada di ruang tamu bersama salah seorang anak kami. Tapi pagi tadi saya menyedari arwah sudah tidak bergerak lagi," katanya kepada pemberita di kediaman mereka di Taman Seri Dayang.



    Aziz yang mengalami komplikasi buah pinggang, sakit jantung dan diabetes sejak hampir setahun lepas meninggalkan enam orang anak berumur antara enam dan 22 tahun.

    Selain pernah menjadi wartawan akhbar Berita Harian, TV3 dan TV9, Allahyarham juga pernah menjadi Setiausaha Akhbar kepada bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri (Tan Sri) Sanusi Junid.

    Jenazahnya disemadikan di Kampung Bayas selepas solat Asar. - Bernama

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad