Header Ads

  • Semasa

    Berkunjung ke Tempat Ini, Anda Harus Menangis..

    Berkunjung ke Tempat Ini, Anda Harus Menangis..

    Madain_Saleh

    Pelancongan ke Daerah yang Pernah Diazab Allah


    Ustad. Mau tanya. Ana pernah dengar kajian bahawa kita tidak di perkenankan pelancongan ke bandar seperti Petra, Jordan, Mada'in Saleh di Arab Saudi dan Pyramid di Egypt kerana kota bandar tersebut adalah bandar bandar yang Allah membinasakan kaumnya kerana mengingkari dakwah para Nabi di masanya. Adakah ini benar? Adakah dalil dalil dari Al-Quran dan hadis yang menyatakan demikian dan apa yang harus kita lakukan jika kita ke bandar bandar tersebut?


    Syukron. بارك الله فيك


    Abu Aryan - Singapore


    Jawapan;


    Wa 'alaikumus salam


    Bismillah was shalatu was salamu 'ala Rasulillah, amma ba'du,


    Berkunjung ke Daerah ini, Wajib Sambil Menangis?


    Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam ketika melakukan perjalanan menuju Tabuk, beliau melewati Hajar (Madain Soleh), satu daerah yang dulu ditempati kaum Tsamud, umatnya Nabi Soleh' alaihis salam. Runtuhan rumah mereka masih banyak tersisa. Beliau memerintahkan agar para sahabat mempercepat langkahnya dan berusaha menangis.


    Ibnu Umar Radhiyallahu 'anhuma, menceritkan,


    لما مر بالحجر قال «لا تدخلوا مساكن الذين ظلموا إلا أن تكونوا باكين, أن يصيبكم ما أصابهم». ثم قنع رأسه وأسرع السير حتى أجاز الوادى


    Ketika Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam melewati daerah Hajar, beliau bersabda,


    "Janganlah kalian memasuki tempat tinggal orang-orang yang zalim, kecuali sambil menangis. Kerana apa yang menimpa mereka boleh menimpa kalian. "


    Lalu beliau menutup kepala beliau dengan kain selendangnya, dan mempercepatkan perjalanannya, hingga berhasil melewati daerah itu. (HR. Ahmad 5466 dan Bukhari 4419)


    Dalam riwayat lain, beliau secara tegas melarang untuk memasuki tempat seperti itu, kecuali sambil menangis.


    Beliau bersabda,


    لا تدخلوا على هؤلاء المعذبين إلا أن تكونوا باكين, فإن لم تكونوا باكين فلا تدخلوا عليهم, لا يصيبكم ما أصابهم


    Janganlah kalian memasuki daerah umat yang diazab itu kecuali sambil menangis. Jika kalian tidak boleh menangis, jangan memasuki kawasan mereka. Jangan sampai azab yang menimpa mereka, menimpa kalian. (HR. Bukhari 433).


    Tentu saja cadangan beliau itu tidak hanya berlaku untuk sahabat di masa itu. Peringatan ini berlaku untuk semua umat beliau.


    Kerana itulah, hadis ini menjadi landasan para ulama, tentang larangan berkunjung ke tempat umat-umat masa silam yang diazab oleh Allah kerana kederhakaannya, hanya kerana ingin tahu atau berkelah atau sekadar mengambil gambar. Kerana Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam memberi peringatan,


    "Jangan sampai azab yang menimpa mereka, menimpa kalian".


    Imam Ibnu Utsaimin pernah ditanya,


    هل يجوز زيارة مدائن صالح للعظة?


    Bolehkah mendatangi Madain Soleh untuk mengambil pelajaran dari kejadian itu?


    Jawapan beliau,


    يجوز بشرط: ألا يدخلها الإنسان إلا وهو يبكي.


    لأن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (لا تدخلوا على هؤلاء المعذبين إلا وأنتم باكون) أما أن يذهب إليها لينظر مدى قوة القوم فيما سبق فهذا لا يجوز, والفرق ظاهر, لأن هذا الذي يذهب إليها من أجل أن ينظر قوة هؤلاء ذهابه إليها نزهة وترف ولا كأنه وقع بهم من العذاب ما وقع, أما الذي يذهب إليها وهو يبكي ويخاف فهذا لا حرج فيه.


    ولهذا لما مر النبي صلى الله عليه وعلى آله وسلم بهذه الديار في سفره إلى تبوك قنع رأسه وأسرع في السير.


    Ya boleh, dengan syarat, seseorang tidak memasuki kawasan itu kecuali dalam keadaan menangis.


    Kerana Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Janganlah kalian memasuki daerah umat yang diazab itu kecuali sambil menangis."


    Adapun mendatangi tempat-tempat itu hanya melihat betapa kuatnya kaum Tsamud di masa silam, maka ini tidak boleh.


    Perbezaannya jelas. Orang ini berangkat untuk mengukur kekuatan kaum Tsamud, tujuannya hanya untuk rekreasi, jalan-jalan. Dan tidak membayangkan bagaimana azab itu menimpa mereka.


    Sedangkan orang yang pergi ke sana sambil menangis dan takut kepada Allah, ini tidak masalah.


    Untuk itu, ketika Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam melewati perkampungan mereka dalam perjalanannya menuju Tabuk, beliau menutup kepalanya dan mempercepat langkahnya. (Liqaat Bab al-Maftuh, volume 224, no. 14).


    Petra dan Laut Merah


    Sabab wurud pada hadis Ibnu Umar di atas berkaitan Madain Soleh (Hajar). Namun ini difahami melebar. Sehingga larangan ini juga berlaku untuk semua penempatan umat masa silam yang dibinasakan Allah kerana kederhakaannya.


    Ketika menjelaskan hadis ini, Al-Hafidz Ibnu Hajar berkata,


    وهذا يتناول مساكن ثمود وغيرهم ممن هو كصفتهم وإن كان السبب ورد فيهم


    Hadis ini termasuk tempat tinggal Tsamud dan kaum selain mereka, yang keadaannya seperti Tsamud. Walaupun sebab adanya hadis itu adalah penempatan Tsamud. (Fathul Bari, 6/380).


    Kami tidak tahu, apakah petra dan laut merah termasuk daerah umat yang diadzab ataukah tidak. Hanya saja, ada pernyataan dari sebahagian ulama bahawa tepi laut merah di Jordan merupakan tempat umatnya Nabi Lut yang dibinasakan.


    Ibnu Asyura mengatakan,


    والقوم الذين أرسل إليهم لوط عليه السلام هم أهل قرية "سدوم" و "عمورة", من أرض كنعان, وربما أطلق اسم "سدوم" و "عمورة" على سكانهما, وهو أسلاف الفنيقيين, وكانتا على شاطىء السديم, وهو "بحر الملح", كما جاء في التوراة, وهو البحر الميت المدعو "بحيرة لوط"


    Umat ​​yang didatangi kaum Nabi Lut adalah penduduk negeri Sodom dan Gomora, di daerah Kan'an. Kadang-kadang nama kawasan Sodom dan Gomora digunakan menyebut penduduknya. Mereka nenek moyang bangsa Fenisia. Sodom dan Gomora berada di pesisir pantai Sadim, laut garam, sebagaimana yang disebutkan dalam Taurat. Itulah laut mati, yang dinamakan dengan laut Luth. (At-Tahrir wa at-Tanwir, 8/230).


    Sementara untuk Petra, kami tidak menjumpai keterangan asal usul tempat itu. Adakah dia termasuk tempat yang penduduknya pernah diazab oleh Allah atau tidak?


    Terdapat keterangan daripada Lembaga Fatwa Syabakah Islamiyah,


    بالنسبة للبتراء إذا لم يثبت بالدليل الشرعي أنها من ديار المعذبين, فنهي النبي صلى الله عليه وسلم إنما ورد عن دخول الأماكن التي عذب فيها الكفار إلا أن يكون المسلم باكيا خاشعا معتبرا بما أصابهم


    Berkaitan kawasan Petra, kita tidak mempunyai dalil yang menyokong bahawa itu termasuk kampung yang penduduknya disiksa. Sementara larangan Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam hanya berlaku untuk memasuki daerah yang dulu orang kafir diseksa di sana, kecuali sambil menangis dengan khusyuk, memikirkan azab yang Allah berikan kepada mereka. (Fatwa Syabakah Islamiyah, no. 123400)


    Allahu a'lam.

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad