Header Ads

  • Semasa

    Banduan Lari, Rindu Ibu Rupanya...



    Banduan Lari, Rindu Ibu Rupanya... | SEGAMAT: Pesalah kes dadah yang melarikan diri sebaik dijatuhi hukuman di Mahkamah Majistret jam 3 petang semalam berjaya ditahan semula kira-kira sejam setengah kemudian berdekatan rumahnya di Kampung Sedeng, di sini.

    Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Raub Selamat berkata, Mohamad Sufiff, 33, melarikan diri ketika diiringi tiga anggota untuk menaiki kenderaan polis di perkarangan mahkamah di Jalan Genuang untuk dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat.
    Katanya, terdahulu dia dijatuhi hukuman penjara selama tujuh bulan bersabit kesalahan berkaitan dadah mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.




    Banduan Lari, Rindu Ibu Rupanya...

    “Ketika kejadian terdapat tiga anggota polis pengiring yang menggarinya bersama enam pesalah lain. 

    Namun dia meloloskan diri dan lari melalui pintu hadapan mahkamah.

    “Siasatan awal mendapati ketika kejadian, pesalah meloloskan gari berantai disebabkan saiz pergelangan tangan kanan agak kecil akibat kesan kecederaan kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu,” katanya.


    Menurutnya, Op Tutup yang dilancarkan dengan kekuatan 35 anggota daripada pelbagai jabatan IPD Segamat berjaya mengesan pesalah terbabit di dalam belukar berdekatan rumahnya yang terletak kira-kira dua kilometer dari mahkamah pada jam 4.30 petang semalam.


    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad