• Semasa

    Cara Join Getthiss Untung?





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    Cara Join Getthiss Untung? Saya peram artikel tentang Getthiss ini agak lama. Saya nak lihat sejauh mana ia akan berjalan dan ramai juga orang menyertainya dan sekarang sudah mula memasuki Indonesia dan Brunei. Saya cuba kumpul sebanyak mungkin maklumat berkenaan skim Getthiss ini. Apa yang anda baca nanti mungkin akan menguriskan hati anda sebab saya dalam bidang IT, aplikasi dan pembangunan laman web sudah menjadi kebiasaan bagi saya.

    Getthiss mendakwa mereka adalah syarikat yang menawarkan online advertising. Jadi saya terima dakwaan awal mereka.

    Cara Join Getthiss Untung?

    Getthiss Mendapat Sokongan Daripada Menteri MOSTI?

    Mengikut gambar ada. Cuma saya tak pasti apakah yang dibentangkan kepada menteri berkenaan. Saya rasanya ia adalah berkenaan idea pembangunan aplikasi sahaja. Mereka tak terangkan pun pasal “permainan duit” di sebalik skim ini. Kata mereka “kalau nak merompak, kenapa pergi serah diri kat pihak berkuasa“‘. Kalau saya menjadi menteri pun akan sokong usaha untuk memartabatkan bidang IT di Malaysia. Tapi macam  terang sekerat jalan la kot kat menteri untuk dapatkan sokongan.

    Getthiss Reseller Adakah Mereka Ini Money Game?
    Saya tak tahu apa yang dibentangkan kepada menteri. Tetapi saya rasakan ia hanya berkenaan aplikasi sahaja. Marketing plan untuk menjadikan ia MLM tidak dibentangkan. Gambar dengan menteri dan surat daripada Menteri bukan bukti yang kukuh mengenai marketing plan yang saya akan detailskan lagi.

    Saya rasa Menteri berkenaan pun tak tahu namanya dijaja untuk melariskan Skim Cepat Kaya berkenaan. Sebab sudah banyak skim sebelum ini pun mengunakan kaedah yang sama untuk meraih ahli baru. Jadi saya tak nak komen berkenaan penggunaan nama menteri berkenaan.

    Fokus utama ialah kepada teknikal dan juga marketing plan.

    Cara Join Getthiss Untung?

    Semakan Whois

    Seperti biasa dalam penilaian saya yang melibatkan laman web ialah semakan Whois. Mereka mengunakan 2 laman web iaitu Getthiss.com dan juga Getthiss.com.my .Saya membuat semakan kedua dua laman web ini.
    Daripada semakan Whois, nama domain mereka akan tamat pada 26 Mac 2017. Kira-kira 2 bulan lagi. Maklumat lain tidak dapat diperoleh kerana mereka mengunakan whois privacy yang melindungi data berkenaan. Namun hasil semakan terdapat satu lagi laman web mereka iaitu getthiss.com.my mendapat maklumat pihak berkenaan.

    Daripada whois ini, adalah maklumat mereka yang beralamat di Bukit Katil, Melaka. Nombor telefon admin pun ada kat maklumat berkenaan. Laman web ini pula tamat pada tahun 2018 nanti.

    Semakan Aplikasi Getthiss
    Saya juga telah cuba install aplikasi mereka di Google Play Store. Apa yang saya dapati ialah ia adalah aplikasi biasa untuk menghubungkan kepada laman web mereka. Tiada yang unik dan biasa sahaja. Malah pada awal apps mereka terdapatlah gambar Adidas dan juga telefon Samsung S6 dengan imej yang kabur. Aplikasi sebegini boleh diupah freelance pada kos berbelas dollar sahaja.

    Mereka mendakwa pihak Adidas dan Samsung menjadi penaja mereka. Tetapi daripada apa yang saya lihat, ia bukan penajaan sebab tiada apa apa kelebihan terhadap penajaan berkenaan.

    Gambar itu juga tidak boleh di klik ke laman web penaja. Hanya imej semata-mata. Kalau saya jadi penaja, saya akan request itulah yang akan menguntung penaja dan nilai duit penajaan yang dibuat.

    Cara Join Getthiss Untung?

    Semakan Laman Web Getthiss.com
    Semakan pada laman web, ia laman web yang tidak dipantau langsung. Dan TAK BANYAK IKLAN yang terjual. Bagaimana mereka boleh kata kongsi untung dari pengiklanan? Berbeza dengan dakwaan mereka sebagai online advertising platform. Layout dan interface mereka juga sangat suram dan tidak menarik.

    Paling penting.. Saya tak nampak mereka menjual IKLAN pun. Sebab mereka sebenarnya menjual program reseller iaitu menerima duit daripada ahli untuk membayar bonus.
    getthiss
    Bila tengok laman web mereka pun agak menyedihkan apabila orang boleh masukkan gambar seperti diatas di ruangan fesyen muslimah . Sebab itulah saya katakan ia langsung tidak dijaga dan sangat amatur. Layout laman web mereka tak sekata dengan imej yang tidak konsisten saiznya menyebabkan ia kelihatan agak kelakar. Ada besar dan ada yang kecil.

    Itukah yang dimaksudkan mereka platform pengiklanan online?
    Aplikasi mereka akan dibawa ke laman web berkenaan. Dakwaan mereka dalam Getthiss mereka boleh bayar bil, beli prepaid… Itu semua tiada langsung. Tiada langsung fungsi untuk ahli mereka gunakan untuk kemudahan mereka.

    Boleh saya katakan laman web dan aplikasi ini hanya “wayang” untuk money game dalam marketing plan mereka yang akan saya terangkan nanti.

    Majoriti yang menyertai Skim ini bukan biasa dengan platform online dan tak tahu langung pasal online marketing. Yang mereka tahu, mereka masuk mereka dapat “pasif income” yang bila bila masa akan terkubur apabila duit rolling sudah habis.

    Kriteria utama untuk pengiklan membeli iklan ialah Return Of Investment(ROI) kepada setiap ringgit yang mereka keluarkan untuk iklan. Jika laman web sedemikian, saya jamin ia langsung tidak menarik minat untuk beriklan. Lebih baik mengunakan platform seperti FB Ads, Google Ads yang boleh dipantau ROI terhadap pengiklanan.

    Mereka juga membanding mereka dengan Amazon, Alibaba, Mudah.my dan Lazada. Mereka masih jauh. Syarikat besar ini untuk mencapai apa mereka ada sekarang membeli iklan untuk mempromosikan mereka. Dan saya tak pernah melihat langsung GETTHISS membeli iklan untuk mempromosikan laman web mereka. Hanya sembang nak jadi syarikat BERBILLION DOLLAR tetapi tiada usaha kearah itu. Mereka ini sudah gergasi internet, tetapi mereka masih beli iklan seperti di Google Adwords untuk mempromosikan perkhidmatan mereka.

    Getthis? Haram.. Mereka sendiri tak faham apa itu online advertising tetapi mendakwa mereka online advertising platform.

    Adakah Mereka Ini Money Game?

    Ya. Ramai yang nak tahu pasal benda ni. Mereka ini menawarkan konsep money game dalam pemasaran mereka. Mereka mempergunakan nama “Network Marketing” atau Multi Level Marketing kononnya untuk cepat boom dipasaran. Mereka sendiri tak nafikan mereka tiada produk! Dan mereka hanya ada aplikasi dan juga laman web yang TIDAK menarik sebarang pengiklan luar. Itu yang saya nampak sebab tiada perubahan langsung sejak beberapa bulan lepas.

    Pastinya mereka menafikan mereka ini “money game” atas sebab tidak menawarkan keuntungan tetap. Saya akan terangkan satu per satu nanti pelan pemasaran mereka nanti dan membuktikan apa mereka tawarkan itu adalah money game iaitu mengunakan duit kemasukan ahli baru untuk membayar ahli lama.

    Buat masa sekarang belum mereka belum ada masalah kerana masih baru dan masih ada kemasukan ahli baru. Apabila sudah tiada kemasukan ahli baru, ia akan bermasalah. Ia akan bertahan selagi ada kemasukan ahli atau reseller baru. Hayat skim sebegini akan berakhir apabila tiada duit baru masuk.

    Biasanya skim sebegini tidak akan bertahan lebih daripada 3 tahun. Banyak skim terkubur dalam masa 1 tahun selepas penubuhan.

    Pelan Pemasaran Getthiss

    Saya telah lihat video penerangan mereka di Youtube.  Jadi ini yang saya dapat rumuskan. Anda boleh lihat dibawah. Ia bukan video saya, saya hanya embed daripada ahli GT daripada Youtube. Ada 5 siri video, dibawah berkenaan marketing plan mereka.

      
    Saya terangkan apakah gula-gula yang ditawarkan ini. Ada banyak beza dengan perniagaan sebenar dan eksploitasi kejayaan mereka. Yang lawaknya, mereka kata tak perlu cari orang tapi cari 4 orang yang tak nak cari orang. Taktik untuk menenangkan mereka yang tak reti nak cari orang jadi downline. Ini lumrah biasa dalam MLM. Ramai yang fobia cari orang atau downline ni.
    “Tak perlu cari orang,  tapi cari 4 orang yang yang perangai sama tak nak cari orang”. Ajar mereka cari 4 orang yang perangai sama, tak nak cari orang jadi reseller Getthiss..hahahaha
    “Join Getthiss lebih untung daripada buat investment” kata mereka.

    Pakej Dalam Getthiss
    Terdapat 5 pakej yang ditawarkan dalam Getthiss iaitu 1 STAR berharga RM4500, 2 STAR berharga RM22,500, 3 STAR berharga RM45,000, 4 STAR berharga RM225,000 dan 5 STAR berharga RM450,000. Bukan murah bang. Boleh tahan juga harga pakej mereka untuk jadi reseller. Ia untuk dibahagikan kepada banyak level. Itu yang jadi harga ribu riban ni.
    Bagi setiap pakej menawarkan minimum 5 Insentif untuk pendapatan secara pasif dalam Getthis iaitu Posting Point, GTC Token, Getthiss Turn Over , Shopping Point dan monthly point 3%. Ini insentif untuk orang yang tidak mahu mencari downline. Untuk yang cari orang, ada insentif lain lagi. Untuk yang pasif ini, berpeluang mendapatkan sehingga lebih RM200,000 dengan modal RM4500 berkenaan.
    Saya terangkan insentif mengikut pakej mereka tawarkan.

    Posting Point (PP)
    Ia adalah point untuk memasukkan iklan di dalam laman web Getthis dengan 1 point bersamaan 1 iklan. Tapi masalahnya sejak beberapa bulan saya membuat pemerhatian terhadap skim ini. Iklan sama tak ada penambahan pun. Saya tertanya-tanya juga, ahli GT ini tak buat iklan ke. Nak income pasif je kot..

    Jadi pakej paling rendah akan dapat 1400 Posting Point untuk masukkan iklan dalam laman web Getthiss. Harga untuk 1 PP ini adalah RM5 untuk sehari sahaja. Mereka ada tawarkan kempen 100 hari dengan harga RM500. Dan ahli boleh jual pakej pengiklanan dengan PP mereka. Jadi mereka boleh dapat, 14 orang pengiklan dengan 1400 PP berkenaan.

    Tetapi ada ke orang nak iklankan dengan kos macam tu sebab ada kaedah pengiklanan lain yang lebih efektif seperti Google Ads dan FB Ads yang lebih targeted untuk mendapatkan pelangggan. Perlu ingat, orang beli iklan nak dapatkan ROI yang berbaloi bagi setiap sen yang dibelanjakan. Mereka boleh tawarkan sale dengan kos RM500 berkenaan? User aplikasi mereka pun baru dalam 10,000 download. Itupun sekali je orang masuk tengok.

    Tiada sebab untuk orang ulang balik ke aplikasi atau laman web mereka sebab tiada apa yang dijual disitu. Ia bukan platform pengiklanan pun. Yang pergi pun reseller sebab nak tengok duit dah jadi berapa dalam tu.
    Saya nampak ia satu langkah yang gagal.

    GETTHIS TURN OVER (GTO)
    Apabila jadi reseller dengan satu bintang, akan menerima GTO sebanyak 400. Dan mereka tawarkan dividen harian berdasarkan nilai GTO yang dipegang oleh ahli mereka itu sebanyak 0%-10%. Menurut mereka nilai terendah yang diberi adalah 0.35% dan paling tinggi 7%. Ia berubah ubah setiap hari.

    Contohnya anda mempunyai GTO sebanyak 400, jadi akan dapat minimum 10.5% setiap bulan jika minimum 0.35% diambil kira. Nilai dividen bergantung kepada keuntungan syarikat setiap hari. Inilah yang mereka menafikan mereka buat money game sebab tidak menawarkan keuntung tetap seperti skim-skim sebelum ini. Walhal mereka sebenarnya buat money game, keuntungan tetap itu adalah berkenaan dengan riba.

    Keuntungan min 10.5% setiap bulan, jadi setahun minimum 126%. Dari mana mereka dapat duit kalau tidak berjaya jual slot iklan? Kat mana untungnya? Sebab tiada iklan baru masuk pun kat laman web mereka tu. Itu sah-sah takde iklan yang masuk.
    Duit dari mana nak bayar semua tu? Dah tentulah daripada duit ahli baru masuk! Itulah money game.
    Alasan GTO inilah yang kononnya tak perlu cari orang dapat keuntungan setiap hari.

    GT Community Token (GTC)
    Seterusnya ialah GTC Token atau hadiah daripada syarikat kepada ahli kerana menyertai menjadi reseller. Ia terhad kepada 100,000,000 token sahaja. Setiap kali 100,000 terjual. Harga akan meningkat. Ia akan split dan berganda. Jika pembeli 1 Star, akan menerima 1000 GTC. Ia macam e-share boleh split jadi double bila sampai masa. GTC tu boleh jual balik.
    Nampak menarik? Tetapi bila duit nak rolling sudah takde. End of story…
    Shopping Point
    Seterusnya ialah shopping point dengan nilai 1 point bersamaan RM1. Jadi dapatlah 100 point dengan nilai RM100 untuk membeli barang atau perkhidmatan yang ada dalam aplikasi mereka. Masalahnya, produk apa yang ada? Takde produk sangat pun kat dalam aplikasi tu.
    Selain daripada insentif diatas, ada lagi tawaran untuk mereka yang sponsor atau cari downline.
    Fuh.. Penat menulis panjang-panjang ni.

    Rumusan

    Skim cepat kaya datang dan pergi. Ia membayar sekarang tidak bermakna ia akan berterusan. Ia bergantung kepada kemasukan ahli baru untuk topup duit untuk rolling untuk bagi insentif yang pelbagai tu.

    Yang nak join terpulang, yang awal akan untung. Yang masuk lambat, akan menangis di bucu katil. Lagipun ia duit anda. Saya boleh nasihatkan sahaja. Yang awal sekarang nampak macam masyuk sebab dapat duit baik hasil daripada kemasukan ahli baru. Sampai masa ia tepu, kisah indah ini akan berakhir.

    Daripada segi marketing plan sebegini, saya yakin mereka takkan dapat untuk mendapatkan lesen AJL. KPDNKK membuat penilaian dari masa ke semasa marketing plan. Malah ada syarikat seperti CWC telah ditarik balik lesen AJL mereka kerana marketing plan mereka. Walaupun mereka kata, mereka take over syarikat yang ada AJL. Ia tetap akan dibatalkan apabila KPDNKK membuat semakan semula.

    Mereka mendakwa mengambil alih syarikat Sinya Sea Sdn Bhd yang telah ada lesen AJL. Namun hasil semakan dengan laman web syarikat berkenaan mereka menjual teh cina. Tidak bekenaan langsung.

    Ia sangat berisiko. Its too good to be true.
    Mereka seringkali mengambil contoh kejayaan Alibaba, Mudah.my dan sebagainya. Mereka tidak mengkaji bagaimana bisnes model mereka ini. Mudah.my sebagai contoh, ia adalah user content generated. Pendapatan mereka hasil daripada sponsored post dan juga pengiklanan Google Adsense.

    Mereka juga bandingkan aplikasi mereka dengan Waze, ia adalah percuma. Malah ia dihasilkan dengan cukup canggih dengan teknologi geo location dan GPS. Manakala Getthiss hanya aplikasi biasa untuk menghubungkan kepada laman web mereka. Anda boleh upah orang buat apps untuk laman web anda. Harga cuma USD5 atau lebih kurang RM25 sahaja.

    Anda pun boeh buat sendiri kalau anda nak.
    Majoriti yang menyertai kerana terpengaruh dengan insentif mereka tawarkan. Siap boleh dapat sampai Rm200k setahun. Tetapi fikirkan dengan waras, daripada duit itu datang jika laman web tak terjaga dan macam laman web tak siap.

    Bagaimana nak tarik pengiklan luar? Duit daripada mana nak generate. Reseller bukan pengiklan. Malah saya tak pernah tengok pun iklan Getthis ini muncul kat mana-mana platform. Jumlah download aplikasi pun baru sekitar 10,000 itupun tak termasuk yang dah remove app daripada telefon mereka.

    Fikir dengan waras. Jangan mudah terpegaruh dengan dakwaan kononnya dapat mudah dengan goyang kaki je. Sudah banyak skim cepat kaya terkubur apabila ia sudah tepu tiada kemasukan ahli baru. Dan saya lihat Getthiss ini sangat bergantung kepada kemasukan ahli untuk mendapatkan duit untuk rolling dan bernafas.

    Keputusan ditangan anda. Nak join juga, itu pilihan anda. Saya hanya mengingatkan. Saya dalam bidang ini, jadi agak biasa dengan online advertising. Dengan sedikit ilmu yang Allah bagi, saya membuat kajian tentang skim cepat kaya ini dari masa ke semasa.
    Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat, boleh share kepada rakan-rakan anda.
    Semoga ia bermanfaat.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]