Header Ads

  • Semasa

    Catriona Ross kongsi tips turun berat badan sebanyak 17 kilogram!!

    Catriona Ross kongsi tips turun berat badan 17 kilogram
    Pelakon Catriona Ross mengambil masa hanya lima bulan untuk menurunkan berat badan sebanyak 17 kilogram. 



    Catriona Ross kongsi tips turun berat badan 17 kilogram!! | Pelakon Catriona Ross mengambil masa hanya lima bulan untuk menurunkan berat badan sebanyak 17 kilogram.

    Catriona berkata bukan mudah untuk menurunkan berat badan setelah melahirkan tiga orang anak.

    Bagaimanapun Catriona memberitahu ia tidak mematahkan semangatnya demi kelihatan langsing dan cantik

    Hasilnya, berat badan Catriona kini turun ke 58 kilogram (kg) berbanding 75 kg sebelum ini.

    Berikut merupakan 5 tips berguna yang dilakukan selama lima bulan proses menurunkan berat badan:

    1. Daki gunung
    "Saya mahu menurunkan berat badan secara cepat, jadi saya perlu lakukan senaman yang extreme. Saya pun telah menyertai satu kelab mendaki gunung. Saya mendaki hampir setiap minggu untuk mengeluarkan peluh yang banyak,"

    2. Berenang
    "Saya mahu lalukan proses penurunan berat badan secara natural sebab itu saya tidak mengambil ubat kurus atau menjalankan pembedahan untuk menurunkan berat badan. Jadi saya memang perlu lakukan aktiviti luar juga selain diet seperti berenang dan bersenam kerana ia mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan saya,"

    3. Eat clean diet
    "Saya mengamalkan diet eat clean (makan bersih)  sepanjang lima bulan ini. Contohnya waktu pagi saya mengambil roti wholemeal dan scrambled egg sahaja ,"

    4. Makanan kukus tanpa minyak
    "Sepanjang diet itu juga saya tidak makan makanan yang berminyak dan semua makanan saya dimasak dengan cara kukus seperti sayur kukus dan scrambled egg juga digoreng tanpa minyak,"

     5. Beras Perang
    "Saya tetap makan nasi, cuma tengahari saya makan brown rice (beras perang) bersama lauk yang saya masak tanpa minyak. Memang agak drastik tetapi kesannya juga cepat,"

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad