Header Ads

  • Semasa

    Hasrat Abdul Amzar Azim Tidak Kesampaian


    Hasrat Abdul Amzar Azim Tidak Kesampaian | KUALA LUMPUR – Hajat dan cita-cita seorang anak untuk berbakti dan memberikan keselesaaan hidup kepada dua orang tua dan keluarganya tidak kesampaian setelah ditemui lemas di Tasik Karapiro, New Zealand.
    Mayat Abdul Amzar Azim Azmi, 21, penuntut tahun tiga jurusan kejuruteraan mekanikal di Universiti Waikato, Hamilton, ditemui di tasik yang terletak kira-kira 30 kilometer dari bandaraya itu tengah hari ini.
    Pihak berkuasa tempatan menemui mayat pelajar itu yang dilaporkan hilang sejak 3.30 petang Ahad (waktu New Zealand) ketika berenang di kawasan berkenaan.
    “Am (Abdul Amzar Azim) akan buktikan yang Am akan beri keselesaan pada mak abah dan adik-adik satu hari nanti,” begitulah luahan kata-kata pelajar itu kepada sepupunya ketika mereka bertemu bulan lepas, sewaktu pulang bercuti ke kampung halamannya di Hutan Kampung, Kedah.
    Sepupunya yang hanya mahu dikenali sebagai Nurul Ain, 21, berkata arwah yang merupakan anak sulung daripada lima adik beradik itu juga dikatakan berkelakuan aneh sebelum kembali semula ke New Zealand.
    “Pada hari arwah pulang ke New Zealand, arwah berkelakuan pelik kerana setibanya di Lapangan Terbang Antabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, dia terus mendaftar masuk tanpa menunggu ahli keluarga yang lain tiba. Dia pergi tanpa jumpa kami,” katanya ketika dihubungi melalui Facebook hari ini.

    Hasrat Abdul Amzar Azim Tidak Kesampaian

    Sementara itu, beberapa rakan Abdul Amzar Azim yang dihubungi Bernama menerusi aplikasi Facebook Messenger melahirkan kesedihan.
    Rakan sepengajian, Shahrul Imran, 22, berkata Abdul Amzar Azim merupakan pelajar dikenali ramai kerana sering memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaannya.
    Katanya, Abdul Amzar Azim, penuntut tajaan MARA, merupakan seorang yang sentiasa membantu rakan-rakan terutamanya dalam pelajaran.
    “Am selalu menjadi rujukan rakan-rakan sekiranya ada di antara kami tidak faham akan topik yang dipelajari,” katanya.
    Rakan karib Allahyarham, Nurhidayah Norsham, 22, berkata arwah seorang yang baik dan menghormati orang tanpa mengira umur, agama dan bangsa, serta disayangi ramai.
    “Arwah juga mempunyai perwatakan yang jarang ada pada semua orang, beliau suka menolong orang dan tidak akan menunjukkannya.
    “Pemergiannya satu kehilangan yang amat dirasai,” katanya.

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad